
Laporan dan Foto oleh: Inthran Krishnan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa kerajaan akan berlaku adil tanpa mengira kaum pada Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Kewarganegaraan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Program Mega MY Daftar dan Jabatan Pendaftaran Negara kerana berjaya mendapatkan seramai 12 ribu orang dalam kalangan kaum India yang tidak mendaftar kepada Jabatan Pendaftaran Negara sepanjang tahun 2010 hingga 2017.
“Sebanyak 4,320 ribu kes kaum India yang mempunyai masalah kewarganegaraan melibatkan dokumen, 1946 ribu kes lewat mendaftar kewarganegaraan dan 790 kes lagi berhubung kad pengenalan,” katanya.
Jelas Najib, tindakan ini adalah sejajar dengan dasar-dasar kerajaan yang bersikap adil kepada semua komuniti.
“Tindakan ini adalah fakta dan bukan auta yang seringkan dibangkitkan oleh pihak pembangkang seperti isu di mana 300 ribu masyarakat India yang mempunyai masalah pendaftaran kewargenegaraan, kemasukan pengundi Bangla dan negara kita akan bangkrap,” jelas Najib.
Dalam pada itu, Pengerusi MIC, Datuk Seri S. Subramaniam dalam ucapannya turut menekankan isu yang sama dan menjelaskan bahawa kebanyakan masalah kewarganegaraan adalah berpunca daripada masalah sosial seperti perkahwinan melibatkan warga asing dan perkahwinan yang tidak didaftar.
Pada majlis yang sama, Najib telah menyerahkan 30 sijil kewarganegaraan sebagai simbolik, manakala 120 sijil lagi akan diserahkan menerusi MYMegaDaftar.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.