Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisPutrajaya

SERI Pemacu Teknologi Pengeringan Solar

By 1 Oktober 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

CHUPING, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Integrated Kenaf Industrial Park (1KIP) yang dirasmikan hari ini turut merangkumi penggunaan teknologi pengeringan fiber kenaf berkualiti tinggi melalui kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menggunakan teknologi pengeringan solar.

Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM, Profesor Solhif Mat, menjelaskan institut tersebut melakukan kerjasama dengan LKTN dalam melakukan pengeringan menggunakan tenaga suria.

“Pengeringan ini dilakukan untuk serat kenaf dengan menggunakan kebuk yang dapat memuatkan antara 1.5 sehingga 2 tan kenaf dan bersuhu 75 darjah Celsius. Manakala untuk proses pengeringan core kenaf, kita menggunakan rotary drum.

“Tenaga diserap daripada matahari untuk memanaskan air sebelum ditukarkan kepada udara panas, dan udara itulah yang di masukkan ke dalam kedua-dua sistem tersebut,” jelasnya.

Pokok kenaf sebelum menjalani proses pengeringan

Pokok kenaf sebelum menjalani proses pengeringan

Sekiranya cuaca tidak memuaskan, maka pemanas elektrik akan digunakan sebagai pelan sokongan.

“Pemanas elektrik akan melonjakkan suhu di dalam kebuk antara 60 hingga 75 darjah Celcius bagi memastikan proses pengeringan dapat diteruskan.

“Proses pengeringan menerusi teknologi ini dapat dilakukan dalam tempoh tujuh hingga lapan jam berbanding kaedah konvensional yang memakan masa tiga hingga empat hari, serta mampu menghasilkan fiber kenaf yang berkualiti premium,” katanya lagi.

Profesor Solhif Mat di kebuk pengeringan

Profesor Solhif Mat di kebuk pengeringan

Tambah Solhif, tenaga yang diperlukan untuk proses ini mestilah di antara 55 hingga 65 darjah Celcius supaya cukup tempoh lapan jam pengeringan.

Sementara itu, Solhif turut menjelaskan mengapa institut tersebut menjalinkan kerjasama dengan LKTN menerusi projek ini.

“SERI mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam projek-projek pengeringan sebelum ini, antaranya pengeringan tanah liat, rumpai laut, ikan bilis dan udang kering, dan ini merupakan pengembangan kepada pengalaman serta pendedahan kami di dalam industri ini.

“Ini merupakan kebuk pengeringan paling besar pernah kami hasilkan. Dengan kapasiti sehingga dua tan, kebuk ini merupakan sebuah rekaan yang cukup mencabar,” katanya yang ditemui di kompleks Pusat Pertumbuhan Desa (PPD), sempena karnival 1KIP di Batu Bertangkup, di sini.

WhatsApp Image 2017-10-01 at 12.18.12 PM

– AH

Tinggalkan komen anda