Skip to main content
Berita TempatanSabah

HQE Terus Rai Deepavali

By 13 November 2017November 21st, 2017Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan & Foto: Zaidi Jamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 13 Nov (Malaysiaaktif) – Walaupun perayaan Depavali sudah lama berlalu namun bukan halangan untuk perayaan tersebut terus dirai sebagai menghormati ikatan perpaduan terutama dalam kalangan kakitangan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Menurut Timbalan Pengarah Klinikal 1, HQE, Dr. Yogendra Panchalingam, amalan berhimpun dihadiri bersama ketua-ketua jabatan, pegawai perubatan serta seluruh kakitangan hospital.

Sebahagian daripada anggota pelbagai unit dan bahagian hadir memeriahkan suasana perayaan Deepavali HQ

Sebahagian anggota pelbagai unit dan bahagian hadir memeriahkan suasana perayaan Deepavali HQE

“Sambutan dan amalan rumah terbuka Hari Depavali bukan sahaja membentuk hubungan yang lebih erat dalamkalangan anggota malah mempengaruhi serta mengukuhkan amalan kerja berpasukan peringkat unit, bahagian dan jabatan.

“Majlis ini amat bermakna walaupun Depavali telah berlalu namun semangat perpaduan tidak membataskannya untuk tidak dirai dan ini memberi manfaat kepada organisasi”

Dr Yogendra berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Rumah Terbuka Deepavali di Bangunan Menara Berkembar, HQE pada Jumaat.

Tambahnya, sambil menikmati juadah, sudah pasti kita dapat berinteraksi dan memupuk ikatan kekeluargaan antara kakitangan yang pastinya boleh mempengaruhi misi dan agenda dalam meningkatan mutu penyampaian perkhidmatan hospital.

“Majlis anjuran Jabatan Perubatan Am hospital Peringkat Hospital Queen Elizabeth (HQE) nyata meriah dan penuh bermakna apabila dirai bersama semua anggota tanpa mengira fahaman agama dan kepercayaan,” ujarnya.

SF

Tinggalkan komen anda