Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Kastam Malaysia Juarai Pertandingan Sepanduk

By 1 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kuching menjadi Johan dalam pertandingan sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Kontijen, Abang Hussein Abang Mornie, biarpun hanya seminggu masa diperuntukkan sebagai persediaan, ternyata usaha mereka itu berbaloi.

Kontinjen Jabatan Kastam merangkul juara dalam pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

Kontinjen Jabatan Kastam merangkul juara dalam pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

“Kami hanya ada masa yang terhad untuk menempah pakaian, membuat poster, latihan perbarisan dan semuanya dilakukan dalam masa seminggu dan boleh dikatakan cabarannya amat besar untuk menyertai perhimpunan kali ini.

“Seramai 50 orang peserta terlibat dan semuanya cukup kominted untuk dan mengikuti perhimpunan kali ini dan berterima kasih kepada semua peserta atas kerjasama yang diberikan,” ujarnya lagi.

Jabatan Kastam menjuarai Kategori A (Jabatan/Agensi Kerajaan/Badan Berkanun), sementara Jabatan Pertanian Sarawak di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi Pasukan Polis DiRaja Malaysia. Masing-masing membawa pulang wang tunai, sijil dan hadiah.

Sementara itu bagi Kategori B (Firma Swasta/Syarikat/Institusi Kewangan) diungguli oleh Telekom Malaysia Berhad. Sarawak Information System Sdn.Bhd sekadar berpuas hati di tempat kedua, manakala di tempat ketiga, Pos Malaysia Berhad.

Madzar tetap menyertai perbarisan biarpun berkerusi roda.

Madzar tetap menyertai perbarisan biarpun berkerusi roda.

Sambutan Maulidur Rasul kali ini disertai seramai 5,426 peserta mewakili 135 kontinjen daripada pelbagai kategori.

Madzar Yunus, 34, peserta dari Jabatan Wanita Dan Keluarga Sarawak menjelaskan kecacatan angota bukan sebagai penghalang untuk turut serta dalam perarakan kali ini.

“Niat dan semangat untuk libatkan diri saya utamakan dan sambutan seperti ini bukannya selalu diadakan dan saya bersedia dengan semangat yang berkobar-kobar ingin turut serta walaupun saya bergerak dengan menggunakan kerusi roda, yang penting semangat mesti ada,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda