
Laporan: Daniel Jong / Foto: Mohd Khairul Nizam Mohd Yunus
SEREMBAN, 30 Nov (Malaysiaaktif) – UTC Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini merupakan satu-satunya UTC yang menyediakan perkhidmatan 1 Serve.
Perkhidmatan 1Serve amat menarik perhatian kerana dilaksanakan dengan menggabungkan tiga jabatan penting iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kaunter yang sama.
“Jadi ketiga-tiga boleh kita uruskan di satu tempat saja. Ini merupakan satu pembaharuan di UTC Ampangan dan kita turut memberikan tumpuan khusus kepada golongan muda yang mencari pekerjaan.
“Di UTC ini kita buat job centre, kita ada SL1M, HDRF dan Teraju. Jadi semua boleh tanya peluang untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Saya juga nak maklumkan sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 54 juta jumlah kunjungan pelanggan ke UTC direkodkan. Itulah kejayaan kita,” ujar Najib.
UTC Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Seremban-Kuala Pilah merupakan yang ke-20 di negara ini. Ia dan beroperasi
Bangunan tiga tingkat tersebut juga turut menempatkan 18 agensi kerajaan dan swasta termasuklah PTPTN, LHDN, MARA, TM Point, Klinik Pergigian, pondok polis dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) yang beroperasi dari 8.30 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.
Sementara itu, pelanggan, Rozeiry Zainuddin, 52, menyatakan kepuasannya menggunakan perkhidmatan 1Serve di UTC kerana karenah birokrasi dapat dikurangkan.
“Sebelum ini saya mengambil masa beberapa hari untuk memperbaharu passport tetapi kini boleh berbuat demikian kurang dari satu sejam.
Dalam pada itu, Wong See Meh, 28 yang berasal dari Nilai berkata sebagai pekerja swasta dia memang sentiasa sibuk.
“Saya tak ada masa terluang nak keluar. Dengan adanya UTC yang dibuka sehingga malam, saya tiada lagi kebimbangan untuk lewat menyelesaikan urusan saya dengan kerajaan.
Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ampangan Datuk Abu Ubaidah Mohd Redza.
–SF