
Laporan dan foto: Aneta Ahmad (Kemaman)
KEMAMAN, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Kira-kira 16 orang pencarum polisi insurans ‘kampungku’ akan menerima bantuan segera RM1,000.00 yang membabitkan bencana rebut kepada pemilik 69 buah rumah di Taman Fikri, Chukai, yang rosak dilanda ribut satu Januari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tengah, Mokhtar Hussin berkata ribut yang berlaku menyebabkan atap rumah tercabut.
“Tindakan pantas JKKK memaklumkan kejadian tersebut kepada Pejabat Daerah, Pejabat Ahli Parlimen dan Pejabat Penyelaras DUN Chukai menyebabkan tindakan awal dapat dilakukan dengan memasang kanvas menutup atap yang tercabut bagi mengelakkan air hujan.
“Saya berasa bersyukur dengan tindakan pantas yang diberikan kerana ada diantara penghuni yang terlibat bekerja sewaktu kejadian berlaku,” ujarnya.
Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bencana ribut dan banjir adalah berbeza. Bencana boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Bencana juga menyebabkan kita bersepakat dan kesepakatan yang ditunjukan adalah hebat.
“Bencana juga mendidik kita untuk mengambil caruman polisi insurans ‘Kampungku’. Pencarum hanya perlu membayar RM 50.00 dan baki RM 24.00 dibayar oleh Pejabat Ahli Parlimen Kemaman. Caruman ini sedikit sebanyak dapat menampung kerugian yang ditanggung.
“Pada tahun ini, jumlah pencarum berkurangan kerana kurangnya pemahaman masyarakat tentang caruman polisi insurans,” katanya ketika ditemui di dalam Majlis Bersama Mangsa Ribut di Balai Raya Taman Fikri, semalam.
Zalidah Mustafa, 52, berkata walaupun hanya dengan mencarum RM 50.00 tetapi kelebihan yang dapat daripada caruman tersebut bukan hanya perlindungan dari banjir, ribut malahan jika berlaku kebakaran.
– SH