Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Gerai Jom Makan Bakal Jadi Tarikan di Kemaman

By 8 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Laporan dan foto: Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Gerai Jom Makan yang berada di hadapan Bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kemaman bakal menjadi tarikan kepada yang gemar akan makanan panas atau sarapan.

Semasa merasmikan Majlis Perasmian Penyerahan Kunci Gerai Jom Makan, ahli parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap peniaga ini dapat mengambil peluang untuk menghidangkan sesuatu yang luar biasa dan akan menjadi tarikan kepada pengunjung luar.

ā€œDengan pembangunan serta projek yang bakal dilaksanakan di daerah ini seperti pembangunan Hospital Kemaman yang baharu di Bandar Baru Kijal, Projek Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) serta beberapa projek yang lain akan menarik ramai pelanggan yang tentunya terdiri daripada golongan yang mempunyai keupayaan serta kuasa beli yang besar.

Shabery (tengah) menyerahkan kunci gerai kepada peniaga.

Shabery (tengah) menyerahkan kunci gerai kepada peniaga.

ā€œJika kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan peruntukan yang besar namun peniaga tidak mengambil peluang dan masih selesa dengan keadaan yang ada, maka usaha ini adalah sia-sia,ā€ jelasnya.

Bagi pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), beliau mempunyai perancangan bagi menaikan ekonomi dalam kalangan peniaga khasnya yang berkaitan dengan bidang pertanian.

Seramai 10 pemilik gerai bagi fasa pertama menerima kunci gerai di Gerai Medan Selera Jom Makan di sini.

Para peniaga berasa gembira kerana pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) juga merancang untuk melaksanakan lanskap, kemudahan tandas, kawasan letak kereta serta taman rekreasi yang akan menjadi tarikan kepada pengunjung daripada masyarakat tempatan mahupun luar daerah ini.

Yang Dipertua MPK, Johan Ibrahim berharap pihak peniaga akan menjaga kebersihan, mencantikan lagi gerai mereka sebaik mungkin bagi menarik pelancong serta pengunjung ke situ.

Menurut Salina Abdullah, 61, beliau sangat gembira dengan penyerahan kunci kedai ini dan berharap perniagaannya akan lebih maju.

– SH

 

Tinggalkan komen anda