Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

PPS SK Bukit Mentok Ditutup

By 7 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Laporan dan foto: Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok yang telah dijadikan pusat pemindahan sejak enam hari lalu telah ditutup pada pukul 8.00 pagi tadi.

Satu gotong-royong pasca banjir telah diadakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Mentok bagi mempercepatkan usaha membersihkan serta mengembalikan susun atur peralatan bagi memulakan sesi persekolahan seperti biasa agar boleh digunakan dengan selesa seperti sebelum banjir.

Seramai lebih 400 orang terlibat dalam gotong-royong kali ini.

Seramai lebih 400 orang terlibat dalam gotong-royong kali ini.

Gotong-royong ini melibatkan Pejabat Daerah Kemaman, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ahli Jawatankuasa Kampung Bukit Mentok dan pelbagai jabatan serta sukarelawan yang terbabit.

Selain di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, pihak Kesihatan Daerah Kemaman turut mengadakan pemeriksaan kawalan vektor dan kawalan lipas, lalat dan tikus (lilati), yang turut dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir.

Ini bagi memastikan tahap kesihatan di sekolah berada di tahap paling maksimum dan sesi persekolahan dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan selesa.

Pemeriksaan kawalan vektor dan kawalan lilati turut diadakan bagi memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik.

Pemeriksaan kawalan vektor dan kawalan lilati turut diadakan bagi memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik.

Menurut Pasiah Hamzah, 56, program gotong- royong pagi ini melibatkan hampir 400 orang.

“Sungguh diluar jangkaan dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak sangat baik,” jelasnya.

Seorang lagi penduduk kampung, Wan Raziah Wan Gadzali, 48, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat.

“Terima kasih khasnya kepada Pejabat Daerah Kemaman, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman juga kepada penduduk kampung yang menunjukkan komitmen yang baik,” ujar ketua sukarelawan ini.

Semua mangsa telah pulang ke kediaman masing-masing apabila Bilik Gerakan Bencana Daerah Kemaman telah ditutup secara rasmi pada pukul 10.00 pagi tadi.

 

-SH

Tinggalkan komen anda