Skip to main content
Berita TempatanSabah

KeTTHA Sasar Turun Kadar SAIDI di Sabah

By 24 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Asmidar Zainol / Foto:  Volintine Jiloh (Sabah)

KOTA KINABALU, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan menyasarkan untuk menurunkan kadar Sistem Purata Tempoh Gangguan (SAIDI) di negeri ini kepada 200 minit bagi seorang pengguna dalam masa setahun pada tahun ini.

Menteri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kadar minit tersebut seterusnya akan diturunkan kepada 100 bagi seorang pengguna menjelang 2020.

Ongkili (duduk, tengah) semasa sidang media bersama Zaini (duduk, kiri) dan Badriyah (duduk, kanan).

Ongkili (duduk, tengah) semasa sidang media bersama Zaini (duduk, kiri) dan Badriyah (duduk, kanan).

“Kadar SAIDI di Sabah sebenarnya telah bertambah baik sejak 12 tahun yang lalu, ini dapat dilihat daripada kadar SAIDI terkini yang telah menurun kepada 241 bagi seorang pengguna pada 2017 berbanding 4,109 minit bagi seorang pengguna pada 2005 berdasarkan kajian Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Namun, kerajaan sedar kadar SAIDI di Sabah masih tinggi berbanding kadar SAIDI di Semenanjung (49) dan Sarawak (125) berdasarkan data 2017 dan bagi tujuan tersebut, KeTTHA telah menganjurkan sebuah makmal khas Lab SAIDI pada 2017.

“Lab SAIDI 100 dilaksanakan untuk mendalami isu-lsu berhubung bekalan elektrik di Sabah dan langkah langkah terbaik untuk mengatasinya,” katanya.

Ongkili ditemui media selepas melancarkan Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran KeTTHA di sini pada Isnin.

“Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah hari ini dianjurkan bagi berkongsi maklumat kepada orang ramai untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang isu-isu berhubung gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku di negeri ini.

“Penganjuran program berkenaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah yang kerap berlaku dan men?imbulkan banyak kesulitan untuk rakyat Sabah,” jelasnya.

Tambah Ongkili, menerus?i KeTTHA, dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST), SESB dan PEMANDU Associates mengumpul maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan (stakeholders) tentang langkah-langkah penambahbalkan yang boleh dilaksanakan.

Walau bagaimanapun katanya, kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri dan rakyat amat diperlukan untuk merealisasikan tahap SAIDI 100 di Sabah menjelang 2020 nanti.
-SF

Tinggalkan komen anda