Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Pangsapuri PPR Cheng RM97.5 Juta Antara Inisiatif Impak Tinggi

By 29 Januari 2018Januari 30th, 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

PAYA RUMPUT, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput bakal menerima lebih banyak projek-projek berimpak tinggi antaranya pembinaan Projek Pangsapuri Rakyat PPR Cheng yang bernilai RM97.5 juta.

“Kerajaan turut meluluskan penambahan bangunan di beberapa buah sekolah, pembinaan dewan orang ramai dan terbaharu permohonan untuk membina sebuah kolej vokasional di dalam DUN Paya Rumput,” ujar ADUN Paya Rumput, Datuk Sazali Muhd Din ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Taman Paya Rumput Perdana, disini.

Menirit Hashim, penyediaan dewan ini memberi banyak manfaat kepada masyarakat setempat.

Menirit Hashim, penyediaan dewan ini memberi banyak manfaat kepada masyarakat setempat.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Hashim Ishak, 61, menyifatkan pembinaan bangunan ini akan memberi manfaat kepada penduduk kawasan disekitar dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

“Di samping itu terdapat juga gelanggang futsal bersebelahan dewan serta gelanggang badminton di dalam dewan yang akan memudahkan aktiviti riadah bagi golongan muda,” ujar Hashim.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata negeri Melaka telah menjadi negeri terbaik dalam Malaysia melalui pencapaian indeks kesejahteraan negara yang meletakkan Melaka di tempat pertama di dalam Malaysia di samping sebagai peneraju penyediaan rumah mampu milik kepada rakyat.

Idris menandatangani plak perasmian, di sini.

Idris menandatangani plak perasmian, di sini.

“Jumlah pelaburan dari tahun 2013 hingga 2017, negeri Melaka mencatatkan keuntungan sebanyak RM22.5 billion, iaitu paling tinggi di Malaysia dengan kadar pengangguran terendah dengan 0.7%.

“Kehadiran pelancong pada tahun 2017 mencatatkan seramai 16.8 juta orang dan Melaka telah menerima pelbagai pengiktirafan dunia hasil kerjasama semua pihak,” ujar Idris.

Menurutnya lagi, kutipan zakat pada tahun 2017 mencecah RM85.7 juta dan seramai 162 orang membayar zakat melebihi RM25 ribu.

“Ini bermakna negeri Melaka mempunyai 162 orang jutawan dan sudah pasti kemakmuran ekonomi di Melaka membolehkan mereka berniaga atau bekerja dengan memperolehi pendapatan yang besar,” jelasnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda