Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kuasai Asas Keusahawanan-Hamisa

By 29 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & foto: Umar Yusof (Sabah)

TAWAU, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Setiap individu yang menceburi dunia perniagaan perlu mempunyai perancangan strategik, teliti dan lebih berani terutamanya dalam dunia usahawan yang pasti membawa pulangan menguntungkan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata setiap individu yang ingin bergelar usahawan perlu menguasai dan mengetahui asas keusahawanan berkenaan tanpa meminggirkan prinsip dan objektif perniagaan.

“Lahirnya seorang usahawan cemerlang bukan mudah perlu berani ambil risiko malah mempunyai kepercayaan dan keupayaan untuk melakukan yang terbaik selain pantas rebut peluang,ā€ jelasnya.

Hamisah (tengah) sedang memerhati produk peserta seminar.

Hamisah (tengah) sedang memerhati produk peserta seminar.

Hamisa berkata lagi, salah satu sektor penting dalam menjayakan tranformasi pertumbuhan ekonomi itu ialah melalui kejayaan membentuk satu persekitaran masyarakat usahawan yang berdaya maju.

“Usahawan tidak dimonopoli oleh satu kaum malah mencakupi semua kaum secara menyeluruh tinggal sahaja kita mampu atau tidak untuk bersaing secara sihat, adil dan saksama,ā€ ujarnya.

Tambahnya, pada masa ini, tahap pencapaian kita dalam bidang ini masih lagi rendah jika diukur dengan negara-negara maju.

“Seperti di beberapa negara membangun seperti China yang menunjukkan betapa rakyat mereka semakin aktif dan agresif menguasai pasaranā€.

Hamisa berkata demikian semasa merasmikan Seminar Rezeki Usahawan 2018 di Tawau pada Sabtu.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu menyeru para peserta seminar dan bakal-bakal usahawan baru untuk mempelajari bagaimana kejayaan tokoh-tokoh usahawan negara dan usahawan luar negara.

ā€œPeserta seminar juga perluĀ  pelajari juga bagaimana kegigihan tokoh usahawan mengatasi kegagalan dan kejatuhan dalam perniagaan kerana mereka tidak mungkin boleh berjaya jika mereka tidak tahu apa itu kegagalan dan punca-punca kegagalan serta cara mengatasi kegagalan.

Katanya cabaran bagi melahirkan ramai usahawan di negara ini menjadi semakin hebat dengan tercetusnya krisis ekonomi global ketika ini.

“Kita bukan sahaja perlu menumpukan kepada inisiatif melahirkan usahawan semata-mata, tetapi juga perlu memberi perhatian kepada usaha membentuk usahawan-usahawan yang memiliki daya tahan dan daya saing yang tinggi supaya usahawan-usahawan kita mampu bertahan dan bersaing meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lembap serta tidak menyokong perkembangan perniagaan mereka.

“Ramai orang bumiputera dan Melayu yang ingin berniaga tetapi tidak tahu apakah jenis perniagaan yang harus diusahakan. Sebenarnya peluang perniagaan sentiasa ada bagi mereka yang bijak mengintai dan menganalisis peluang.

“Untuk berjaya dalam perniagaan, ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan. Paling utama, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tertentu tentang perniagaan yang diusahakan serta kemahiran dalam aspek pengurusan,ā€ ujarnya

-SF

Tinggalkan komen anda