Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

40 Buah Masjid Lagi Bakal Dibina Kerajaan Negeri

By 29 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

KRUBONG, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri menyasarkan untuk membina 40 buah masjid yang turut melibatkan pemulihan masjid lama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata Masjid Al-Rahman adalah antara 19 buah masjid yang siap dibina dan boleh digunakan sepenuhnya.

Idris (tengah) ketika majlis penyerahan Masjid Al-Rahman Kampung Tanah Merah, di sini.

Idris (tengah) ketika majlis penyerahan Masjid Al-Rahman Kampung Tanah Merah, di sini.

“Masjid lama di Kampung Tanah Merah, bakal dijadikan sebagai pusat tahfiz kepada anak-anak kariah terdekat dalam memastikan perkembangan pendidikan Islam dapat diperkukuhkan.

“Amat penting untuk mempelbagaikan fungsi sesebuah masjid supaya perkembangan pendidikan agama Islam dapat memberi impak positif kepada semua golongan terutama golongan belia dalam membentuk sahsiah diri dan akhlak secara keseluruhannya,” ujar idris.

Jemaah yang hadir, Abdul Jameel Abdul Jabbar, 49, berkata dengan adanya masjid baharu ini sudah pasti memberi keselesaan kepada jemaah terutama di kawasan-kawasan taman perumahan yang pesat membangun di sekitar Krubong ini.

“Aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan akan lebih mudah diadakan dengan adanya pelbagai kemudahan yang disediakan.

“Dengan kemakmuran yang dikecapi pada hari ini, pelbagai kemudahan dapat dibina untuk rakyat, sebagai manusia kita harus bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan yang sudah tentu mahu melihat masyarakat bersatu padu dalam jemaah supaya Islam terus bersinar di bumi bertuah ini,” katanya lagi.

Masjid Al-Rahman mula dibina pada 26 Februari 2016 dan siap sepenuhnya pada Julai tahun lepas dengan kos pembinaan berjumlah RM4.1 juta. Masjid tersebut dapat menampung lebih 1,200 jemaah dalam satu masa.

-SH

Tinggalkan komen anda