Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Berita Palsu! Jangan Kongsi – Sabrina

By 23 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh Hasmah Hanafi

Bandar Baharu, 22 Feb (Malaysiaaktif) –
Teknologi yang berkembang pesat sekarang ini membuatkan orang ramai sentiasa dahagakan berita terkini.

Empat medium yang menjadi kegilaan untuk mendapatkan berita adalah seperti internet, telefon pintar, TV dan radio.

Namun tidak semua berita yang diterima adalah benar. Kadangkala yang diterima adalah berita palsu yang ditularkan dari masa ke semasa.

IMG-20180223-WA0061

Ini dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Bandar Baharu Datuk Nor Sabrina Md Nor ketika mersmikan taklimat berkaitan berita palsu musuh negara telah diadakan sempena Karnival Sebenarnya.my anjuran Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Dataran Relau, Bandar Baharu semalam.

Objektif taklimat tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang ketidaksahihan berita-berita yang disebarkan secara tidak terkawal sekarang ini.

Dalam ucapannya Nor Sabrina berkata “saya berharap pemimpin, masyarakat dan ketua jabatan perlu bersedia menangkis berita palsu yang diterima”.

Mereka perlu menceritakan berita sahih sahaja supaya orang ramai tidak keliru. Tambahan pula hampir dengan Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) pasti banyak berita palsu yang akan tersebar.

IMG-20180223-WA0060

Bercakap dihadapan kira-kira 200 orang yang terdiri dari pemimpin, masyarakat dan ketua-ketua jabatan disini, beliau berharap semua dapat bekerjasama dalam memerangi berita palsu, khususnya yang berkaitan pemimpin dan rancangan pembangunan.

Ahmad Abdullah

Ahmad Abdullah

Menurut seorang pengujung, Ahmad Abdullah, 57, “portal Sebenarnya.my yang dibangunkan SKMM amat sesuai dan kena pada waktunya kerana sekarang ini terlalu banyak berita yang tidak sahih yang ditularkan”.

Orang ramai sepatutnya menyemak terlebih dahulu dengan SKMM kerana jika dibiarkan akan mempengaruhi orang ramai dan bahaya kepada negara, ujarnya.

Turut serta menyampaikan taklimat berkaitan Berita Palsu Musuh Negara ini adalah Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, DSP Barudin Wariso dan Penolong Pengarah SKMM Cyberjaya, Ahmad Fazli Ahmad Shuhaimi

Turut hadir dalam Taklimat tersebut adalah Pengarah Bahagian Advokasi Dan Jangkauan SKMM.

– MRR

Tinggalkan komen anda