Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Masjid Kampung Bemban Beroperasi Semula

By 23 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: Suzilawati Kamarudin & Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 23 Feb (Malaysiaktif) – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini secara rasminya menerima penyerahan Masjid Kampung Bemban setelah empat bulan proses naik taraf dilakukan.

Mohamad turut mengumumkan kebenaran kepada syarikat telekomunikasi untuk menggunakan menara masjid dan surau dalam negeri ini sebagai menara pemancar telekomunikasi mereka.

Mohamad bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Mohamad bersalaman dengan jemaah yang hadir.

“Untuk pemasangan ini, mereka juga boleh memilih satu masjid di bandar dan dua masjid lagi di luar bandar.

“Apabila sudah ada pemasangan pemancar telekomunikasi di masjid, sekaligus akan ada internet tanpa wayar (wifi) kepada jemaah dan pengunjung masjid,” katanya ketika Majlis Penyerahan Bangunan Masjid oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, hari ini.

Mohamad memaklumkan dengan adanya kemudahan ini, jawatankuasa masjid untuk terus merancang aktiviti yang dapat menjadi tarikan baharu kepada komuniti dan generasi muda untuk mendekatkan diri dengan masjid.

“Saya mahu apabila sudah ada kemudahan seperti ini, dengan masjid yang lebih selesa, kekuatan ummah dan kesepaduan rakyat semakin kuat dan utuh,” katanya lagi.

Menurut Penasihat Komuniti 1Malaysia Kampung Bemban, Jumat Muncak, kini jemaah dapat mengerjakan ibadat dengan lebih selesa.

Kaum ibu turut mengambil peluang hadir sama ke majlis ini.

Kaum ibu turut mengambil peluang hadir sama ke majlis ini.

“Setelah hampir empat bulan mengerjakan solat Jumaat di Surau Taman Kelab Tuanku, Alhamdulillah hari ini boleh semula mengerjakan solat jumaat dalam masjid yang cantik dan lebih selesa setelah masjid ini dinaiktaraf,” ujarnya.

Sementara itu ahli jawatankuasa Masjid Bemban, Zaini Mahmod, menyambut baik berita yang disampaikan oleh menteri besar hari ini.

“Kami golongan wanita gembira dengan siapnya projek naik taraf Masjid Bemban ini, kami boleh adakan kelas mengaji dan fardhu ain.

“Apabila ada kemudahan internet nanti, boleh diadakan kelas mengaji interaktif seperti di televisyen,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda