Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Cuepacs Sahut Cabaran TN50

By 19 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : NorFadzlina Ahmad Fadzli & Mohd Anizan Mat Daud (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) kini optimis sahut cabaran dalam meluaskan pemahaman penjawat awam dalam usaha kerajaan mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pengerusi Ceupacs Kelantan, Aminuddin Awang mengharapkan program ini menjadi platform kepada penjawat awam dalam memacu kejayaan TN50.

Sebahagian daripada penjawat awam yang hadir sempena Wacana Transformasi Nasional TN50 di sini hari ini.

Sebahagian daripada penjawat awam yang hadir sempena Wacana Transformasi Nasional TN50 di sini hari ini.

“Ini merupakan platform terbaik terutamanya bagi golongan muda dalam memberi pandangan dan cadangan.

“Mereka ini merupakan golongan utama dalam mencorak hala tuju penjawat awam pada masa akan datang sejajar dengan usaha kerajaan mencapai matlamat TN50,” katanya semasa program Wacana Transformasi Nasional TN50 di Dewan Utama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), di sini hari ini.

Dalam pada masa yang sama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohtar Abd Rahman menyatakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah bersedia untuk bergerak ke arah TN50.

“JPA juga sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat.

“JPA telah mencipta satu laman sesawang khas www.mytn50.com, saluran twitter rasmi @mytn50 hashtag #tn50 #mytn50 dan juga alamat email rasmi [email protected] untuk orang awam mahupun penjawat awam melontarkan idea dan pandangan terus berkenaan TN50,” ujarnya.

Menyentuh isu penjawat awam, Pengerusi Cuepacs, Azih Muda menegaskan TN50 merupakan rantaian idea pembangunan yang diambil kira dari golongan bawah ke atasan.

Halatuju mengenai TN50 makin jelas melalui program ini - Nurayusya.

Halatuju mengenai TN50 makin jelas melalui program ini – Nurayusya.

“Cuepacs akan terus memastikan bahawa penjawat awam tetap relevan dalam usaha melestarikan kesan kepada rakyat dan masyarakat dalam dunia penuh teknologi moden kini,” kata Azih.

Salah seorang penjawat awam yang hadir, Nurayusya Abd Razak, 37, dari Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan memberitahu melalui program ini penjelasan dan pencerahan berkenaan program dan halatuju TN50 semakin jelas.

“Penerangan berkenaan peranan dan matlamat Cuepacs untuk penjawat awam ke arah TN50 menjadi lebih jelas dan nyata,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda