Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Hidup Menumpang Kasih Sayang Jiran

By 15 Februari 2018Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 

Laporan : Yahya Abdul Rajak / FOTO : Azman Jumat (Sabah)

TENOM, SABAH, 15 Feb. (Malaysiaaktif) – Kehilangan Isteri tersayang sejak lima tahun lalu seumpama hilangnya kasih dan sayang dalam sebuah rumah usang tempat sepasang suami isteri bergurau senda dan bercanda riang bersama.

Penduduk, Bontongon Linau, 88, yang sepi menagih kasih orang tersayang yang pergi selamanya, kini kembali ceria dan bersemangat bukan kerana bakal menerima pengganti tetapi menerima kasih dan sayang dari jiran dan penduduk kampung setempat.

Keadaan rumah Bontongon sebelum dibaiki pada program tersebut

Keadaan rumah Bontongon sebelum dibaiki pada program tersebut

HIDUP MENUMPANG KASIH TETANGGA

Hidup berkeseorangan pada usia yang lanjut sememangnya suatu yang memeritkan, tanpa gelak ketawa, riang ria hanya sebuah rumah usang tempat mengadu segalanya.

Jiran, Halimi Ambarang, berkata, selepas kematian isterinya, Bontongon seperti tiada tempat mengadu terutama mengenai makan minum, penyediaan pakaian dan sebagainya.

Halimi (kiri) dan Mariani (kanan) memberikan sokongan dan terharu Bontongon (tengah) kembali ceria

Halimi (kiri) dan Mariani (kanan) memberikan sokongan dan terharu Bontongon (tengah) kembali ceria

“Melihat kepada ketidak mampuan beliau mengurus rumah, maka kami sekeluarga memutuskan untuk membantu menjaganya demi kasih dan simpati terhadap beliau,” ujar halimi.

Jelasnya lagi, sepanjang bontongon mendirikan rumah tangga, beliau tidak dikurniakan anak dan ketika ini beliau juga tidak mampu bekerja mencari sesuap nasi hanya bergantung harap bantuan yang diterima dari Jabatan Kebajikan berjumlah RM300 sebulan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Raime mengecat rumah Bontongan (tengah) sebagai simbolik merasmikan pembaikan rumah berkenaan

Raime mengecat rumah Bontongan (tengah) sebagai simbolik merasmikan pembaikan rumah berkenaan

Kesedihan ini turut mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang turut menghulurkan bantuan kepada beliau.

Pegawai Pemaju Masyarakat, Mariani Alih menjelaskan, KEMAS sentiasa memberi bantuan kesihatan dan lain-lain keperluan sebagai tanggungjawab kebajikan kepadanya.

“KEMAS yang diwujudkan di kampung ini sentiasa memantau dari segala aspek keperluan seharian dan kami kerap mengadakan lawatan ke rumah beliau bagi memastikan tahap kesihatannya baik,” katanya.

PROGRAM CTU, BERI SINAR HARAPAN

Perkhabaran dan sinar bahagian terus terpancar di wajah Bontongon apabila rumah usang yang didiami mendapat perhatian Kementeian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk diperbaiki melalui penganjuran program menghubung dan menyatu (CTU) di kawasan Kemabong.

Bontongon turut meluahkan rasa terima kasih dan bersyukur atas pelaksanaan projek tersebut yang memilih untuk membaiki rumahnya.

Bontongon Linau

Bontongon Linau

“Terima kasih semua pihak terutama Jabatan Penerangan (Japen) Sabah kerana memilih rumah saya untuk dibaiki.

“Selama 30 tahun saya menetap di sini tapi tidak mampu untuk membaiki kerosakan di rumah dan bantuan baik pulih rumah ini banyak beri kegembiraan kepada saya, Terima Kasih semua,” luahnya.

Begitu juga luahan seorang lagi penerima bantuan, Ekusoi Ulat, 57, dari kampung Labut 1, berkata kekerapan berlaku banjir di kampungnya menyebabkan berlaku kerosakan pada rumahnya yang berkedudukan hampir dengan sungai.

Ekusoi Ulat

Ekusoi Ulat

“Pembaikan rumah saya dari papan kepada separuh simen membolehkan saya tidak perlu risau lagi apabila berlaku banjir, saya amat berterima kasih kepada Japen kerana memilih rumah saya untuk dibaiki,” katanya.

Keadaan rumah Ekusoi yang dibaiki setelah dibaiki

Keadaan rumah Ekusoi yang dibaiki setelah dibaiki

Pegawai Penerangan Bahagian Pedalaman Atas mewakili Pengarah Penerangan Negeri, Hendry Nurdin berkata pelaksanaan program membaiki dan penyelenggara kediaman daif secara gotong-royong ini merupakan kesinambungan terhadap program CTU yang telah diadakan tahun lalu di Kemabong.

Hendry ketika menyampaikan ucapan pada program gotong-royong terbabit

Hendry ketika menyampaikan ucapan pada program gotong-royong terbabit

“Sebanyak lima buah rumah telah dikenal pasti Japen untuk dibaiki melalui program ini dan ini jelas menunjukkan tujuan dan matlamat kerajaan mengajak masyarakat bersatu berkerjasama membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Kepelbagaian program yang dilaksanakan Japen juga menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa melakukan pembangunan berterusan demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa dibela.

“Apa yang lebih penting sekarang adalah masyarakat perlu bersikap jujur, ikhlas dan bersama membangunkan negara,” jelasnya.

BANTUAN BUKTI KERAJAAN AMBIL BERAT

Bantuan yang disalurkan melalui program ini turut menunjuk kerajaan ambil berat terhadap permasalahan rakyat.

Terdahulu, Ahli Parlimen P181 Tenom, Datuk Raime Unggi berkata program membaiki rumah kelolaan Japen ini amat baik sekali dalam usaha membantu meningkatkan tahap hidup rakyat dalam masa yang sama mampu rakyat untuk terus bersama kerajaan melalui aktiviti gotong-royong tersebut.

Raime (dua dari kiri) turut meluangkan masa meninjau rumah-rumah di sekitar kampung berkenaan

Raime (dua dari kiri) turut meluangkan masa meninjau rumah-rumah di sekitar kampung berkenaan

“Sebanyak lima buah rumah terpilih di kawasan Kemabong dan hari ini kita telah laksanakan di dua buah rumah bagi membolehkan seisi keluarga terbabit kembali ceria untuk tinggal lebih selesa.

“Penduduk sewajarnya berterima kasih bukan sahaja kepada pemimpin malah kepada kakitangan awam yang bertugas melaksanakan tanggungjawab menyampaikan bantuan kepada rakyat.

Bontongon (tiga dari kanan) menyatakan rasa gembira kepada Raime (tiga dari kiri) atas gotong-royong pembaikan rumahnya

Bontongon (tiga dari kanan) menyatakan rasa gembira kepada Raime (tiga dari kiri) atas gotong-royong pembaikan rumahnya

“Jangan hanya kegagalan sesuatu agensi kita beranggapan seolah-olah kerajaan gagal bekerja, jangan hanya dakyah sesetengah pihak kita terus terpedaya mengenainya.

Katanya semasa merasmikan program gotong-royong membaiki rumah di kampung Sindungon, Enubai, Tenom pada rabu.

Tambahnya, masyarakat perlu terus bersyukur dan berterima kasih terutama kepada kepimpinan di peringkat kampung yang turut bekerja memperjelaskan banyak perkara mengenai pembangunan negara.

Raime menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada Bontongan pada program terbabit.

Raime menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada Bontongan pada program terbabit.

“Kerajaan sentiasa komited memajukan Kemabong melalui kepelbagaian perancangan yang menjurus kepada pembangunan kemudahan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sebagainya.

“Tenom terkenal dengan produk kopi yang menjadi simbol kepada produk pelancongan dan kita akan terus pertingkatkan terutama kemasukan pelancong ke daerah ini bagi menjana pendapatan penduduk setempat agar seiring dengan pembangunan sedia ada,” jelasnya lagi.

Raime semasa menyampaikan ucapan dan merasmikan program terbabit

Raime semasa menyampaikan ucapan dan merasmikan program terbabit

Hadir sama Penolong Pegawai Pembangunan Daerah, Suhaile Guariaman; Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P181 Tenom, Ampalang Payu; Pegawai Penerangan Daerah Tenom, Kenny Thomas; Ketua Kampung Sindungon, Daud.

MRR

Tinggalkan komen anda