Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Hampir 80 Peratus Tiket KTM Terjual Sempena Tahun Baru Cina

By 15 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Saharuddin Othman & Azri Zainal Abidin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Malaysiaaktif) – “Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) menawarkan lebih 170,000 tempat bagi Perkhidmatan Keretapi Elektrik atau Electric Train Service (ETS) untuk pengguna sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina ini.”

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata demikian pada Majlis Edaran Pek Cenderahati Kepada Penumpang KTM Berhad di Stesen Sentral Kuala Lumpur, di sini semalam.

Menurut Liow, sehingga kini hampir 80 peratus iaitu 136,664 tiket telah terjual sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.

Datuk Seri Liow Tiong Lai ditemui sejurus selepas majlis tersebut

Datuk Seri Liow Tiong Lai ditemui sejurus selepas majlis tersebut

“Kita menggalakkan orang ramai untuk pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan keretapi antara bandar atau KTM Intercity dan ETS.

“KTM Berhad telah menawarkan tiket untuk musim perayaan ini bermula 10 Februari yang lepas sehingga 23 Februari ini dan 170,000 tiket tersebut adalah untuk perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar sahaja.

“Kadar tempahan tiket untuk perkhidmatan KTM Berhad sepanjang Tahun Baru Cina ini sangat baik dan sehingga kini KTM Berhad masih lagi menerima tempahan,” katanya lagi.

Datuk Seri Liow Tiong Lai menyampaikan cenderahati kepada para pengguna KTM yang akan pulang ke kampung halaman

Datuk Seri Liow Tiong Lai menyampaikan cenderahati kepada para pengguna KTM yang akan pulang ke kampung halaman

Liow turut melahirkan rasa bangga kerana perkhidmatan ini mendapat sambutan baik daripada pengguna.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada KTM Berhad kerana berjaya menambah perkhidmatan Tebrau Shuttle Service sebanyak lima perjalanan kepada 31 perjalanan sehari, satu perkhidmatan keretapi ulang alik dari Johor Bahru ke Woodlands di Singapura.

“Perkhidmatan ini meningkatkan tambahan pengguna seramai 1,500 orang sehari bermula 13 Februari dan tahun hadapan kita berharap dapat menambah lagi lima perjalanan tambahan, menjadikan jumlah keseluruhan 36 perjalanan perkhidmatan pengangkutan ulang alik ke Singapura,” katanya lagi.

Gimik tarian singa semasa di Stesen Sentral Kuala Lumpur, semalam

Gimik tarian singa di Stesen Sentral Kuala Lumpur, semalam

Pada majis yang sama, sebanyak 1,000 pek cenderahati diedar kepada penumpang KTM Berhad yang menggunakan perkhidmatan KTM Intercity dan ETS serta para penumpang KTM Komuter.

Chee Sher Weyne, 19

Chee Sher Weyne, 19

Dalam pada itu, pengunjung dari Cheras, Chee Sher Weyne, 19, Tahun Baru Cina 2018 ini akan disambut bersama keluarga dengan azam dan keyakinan yang baharu.

“Saya ingin cemerlang dalam pengajian yang saya ambil ketika ini dan berharap agar Tahun Baru Cina ini akan memberikan sesuatu yang baik kepada keluarga saya,” katanya yang merupakan pelajar di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Kuar Shyue Yiing, 18

Kuar Shyue Yiing, 18

Berkongsi pendapat yang sama, pengunjung dari Kepong, Shyue Yiing, 18, berkata, “Tahun ini saya berazam untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik dan mengekalkan gaya hidup sihat selain daripada ingin cemerlang dalam pelajaran.”

Majlis anjuran KTM Berhad yang dimeriahkan dengan tarian singa ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTM Berhad, Mohd. Rani Samsudin.

 

– AH

Tinggalkan komen anda