Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Lebih 200 Penduduk Meriahkan Pesta Kaul Datan

By 26 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : M. Baharruddin & Remmy S. (Sarawak)

MUKAH, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian merangkap Pengerusi Persatuan Melanau Mukah, Abdul Yakub Haji Arbi berkesempatan bersama-sama lebih 200 orang penduduk Kampung Jebungan Mukah meraikan Upacara Kaul Datan di sini semalam.

Yakub menyaksikan upacara berdoa dan mengakan Serahang Kaul Datan. Beliau kemudian melakukan sepak mula permainan bola sepak pantai.

Yakub menyerahkan hadiah kepada peserta bola sepak pantai sempena Pesta Kaul Datan, semalam.

Yakub menyerahkan hadiah kepada peserta bola sepak pantai sempena Pesta Kaul Datan, semalam.

“Sikap bekerjasama semua penduduk Kampung Jebungan dalam mengerjakan segala tugas dan bekerja secara bergotong-royong sesuatu yang terpuji, semoga amalan ini akan berterusan,” katanya ketika merasmikan pesta tersebut di Kampung Jebungan Mukah.

Yakub turut memohon maaf kepada penduduk Kampung Jebungan kerana tidak berkesempatan melawat kampung tersebut semasa banjir melanda baru-baru ini.

“Mangsa banjir yang sudah menerima bantuan daripada kerajaan perlulah sentiasa memahami bahawa kerajaan hari ini sentiasa perihatin dengan nasib rakyatnya. Saya juga berharap agar penduduk kampung yang belum menerima bantuan banjir supaya bersabar,” tambahnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda