
LAPORAN & FOTO : Hj Mohammad Sara Hj Bulindan (Sabah)
SANDAKAN, SABAH, 23 Feb.(Malaysiaaktif) – Sambutan Tahun Baru Cina (CNY) 2018 beri nafas baharu kepada sektor pelancongan sandakan apabila menerima kehadiran pelancong antarabangsa pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan pada jumaat.
Kehadiran seramai 150 delegasi pelancong dari Taiwan yang melakukan penerbangan terus ke daerah berkenaan turut mencatat rekod penerbangan antarabangsa pertama yang pernah direkod lapangan terbang daerah tersebut.
Pengurus Besar Lembaga Pelancongan dan Kebudayaan Sabah, Suzaini Datuk Sabdin Ghani bersama ketua-ketua Jabatan dan Badan berkanun yang menyambut ketibaan tersebut berkata, para pelancong tersebut tiba pada pukul 10.50 pagi menggunakan penerbangan khas pesawat Malindor Air dari Taiwan terus ke Sandakan.
“Untuk julungkalinya, Pengurusan Lembaga Pelancungan dan Kebudayaan dengan Persatuan Pelancong Sandakan serta pengusaha Pelancongan Taiker dari Taiwan, mengadakan kolaburasi bagi mempromosi industri pelancongan di daerah ini.
“Kerjasama ini juga adalah bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini sebagai usaha memperkenalkan keunikan sambutan perayaan berkenaan yang disambut bukan sahaja oleh masyarakat Cina tetapi semua kaum di negeri ini amnya,” kata Suzaini ketika ditemui pada sidang media di Lapangan Terbang Sandakan.
Menurutnya, kolaburasi mempromosi industri pelancongan bersam para pengusaha pelancongan terbabit, adalah atas inisiatif Lembaga Pelancongan dan Kebudayaan Sabah, dengan memilih daerah Sandakan sebagai destinasi pilihan di negeri ini.
Katanya, perancangan awal pemilihan tersebut adalah bagi meningkatkan potensi daerah ini sebagai salah satu kawasan pelancongan melalui pengwujudan kalendar pelancongan.
“Diharap dengan adanya kalender lawatan tersebut ia bukan sahaja dapat memberi respon positif terhadap peningkatan kehadiran pelancong malah dapat membantu meningkatkan pendapatan para pengusaha produk pelancongan di daerah ini.
“Semoga pengusaha produk pelancongan terus melipatkali gandakan kepelbagaian produk masing-masing agar kedatangan pelancong bukan sahaja dari luar negara malah dalam negara turut menyumbang kepada ekonomi pelancongan disini,” ujarnya.
Menurutnya lagi, perancangan ini akan kekal pada kalender percutian di daerah ini jika terus mendapat sambutan.
“Maka usaha perlu terus dipertingkatkan untuk kebaikan semua pihak,” tambahnya.
Beliau juga amat yakin melalui usaha ini ia mampu memberi impak positif sekiranya semua pihak terus memberi sokongan dan berkerjasama seperti pihak berkuasa Tempatan, Pengusaha Pelancongan, industri Penerbangan dan masyarakat setempat.
Ketibaan delegasi pelancong tersebut telah disambut penuh meriah dengan paluan kompang sambil dikalungkan bunga dan menyaksikan persembahan tarian kebudayaan pelbagai etnik di daerah terbabit.
Para pelancong terbabit akan berada di daerah tersebut selama seminggu seterusnya melawat pelbagai pusat pelancongan disekitar daerah tersebut.
Sebagai timbalbalas kepada kolaburasi ini seramai 70 pelancong dari negara ini akan turut bertolak ke Taiwan menggunakan pesawat penerbangan Air Asea dari Sandakan.
– MRR