Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Medan Ikan Bakar Sungai Kerian, Tarikan ke Bandar Baharu

By 17 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh : Anita Omar dan Hasmah Hanafi

 

BANDAR BAHARU ,17 Feb (Malaysiaaktif) – Sungai Kerian merupakan sempadan antara tiga negeri iaitu Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Sejak dahulu lagi, penduduk daerah Bandar Baharu, Kedah merasai nikmat daripada hasil alam dari Sungai Kerian ini. Manakala, udang galah merupakan salah satu ‘trade mark’ untuk pengunjung datang ke Bandar Baharu.

IMG-20180217-WA0036

Potensi untuk membangunkan daerah Bandar Baharu telah dikenalpasti oleh kerajaan negeri Kedah dalam perancangan pembangunan negeri.

Khamis lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah berkunjung daerah ini dalam Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat Mukim Bagan Samak di Dataran Bandar Baharu.

IMG-20180217-WA0041

Ia sempena Jelajah Muafakat Rakyat DUN Bandar Baharu.

Pertemuan dengan ahli-ahli Persatuan Nelayan Darat Bandar Baharu (PENADA) turut diadakan untuk merealisasikan kehendak ahli-ahli persatuan agar mempunyai tempat pengumpulan hidupan sungai di daerah ini.

IMG-20180217-WA0043

Khabar gembira ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Kedah apabila medan ikan bakar Sungai Kerian dijangkakan akan siap pada penghujung tahun ini.

Sinar baru buat penduduk tempatan dibuktikan dengan perasmian upacara pecah tanah untuk menaik taraf projek restoran ikan bakar dengan peruntukan sebanyak RM1.4 juta.

“Saya berharap dengan terbinanya restoran ini akan menjadi daya penarik projek-projek pembangunan yang lain sesuai dengan kedudukan strategik Bandar Baharu yang terletak bersebelahan Sungai Kerian dan Lebuh Raya Utara Selatan,” ujar Datuk Seri Ahmad Bashah.

IMG-20180217-WA0038

Beliau turut berkata, hanya kerajaan sedia ada yang mengetahui dan mampu memenuhi kehendak rakyat. Justeru itu masyarakat Bandar Baharu diingatkan supaya ‘jangan silap pilih’ dalam Pilihan raya Umum akan datang.

Selain mengumumkan berita gembira ini, penyampaian bantuan elaun sara hidup nelayan, jaket keselamatan dan bantuan benih ikan talapia turut disampaikan oleh Menteri Besar Kedah.

Menurut penerima bantuan yang juga seorang nelayan darat, Abd Rashid Ismail berkata, “lawatan Menteri Besar Kedah ke Daerah Bandar Baharu hari ini membawa sinar baru nelayan darat di sini dalam usaha meningkatkan pendapatan dan tangkapan ikan. Saya amat berterima kasih dengan bantuan elaun sara hidup nelayan yang diberikan.”

– MRR

Tinggalkan komen anda