Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina disambut meriah

By 20 Februari 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan Oleh : Azman Yahaya

 

ALOR SETAR, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kedah merangkap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA dan GERAKAN Negeri Kedah pada petang semalam di dewan Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian).

Ketibaan Ahmad Bashah, dengan berpakaian warna merah, disambut barisan kepimpinan tertinggi GERAKAN Negeri Kedah iaitu pengerusinya Datuk Dr Cheah Soon Hai dan MCA diketuai Datuk Lee Chee Leong sambil diiringi persembahan tarian singa. Turut hadir memeriahkan majlis sambutan termasuklah kepimpinan parti komponen BN.

IMG-20180220-WA0083

Ahmad Bashah ketika memberi ucapan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina di negeri Kedah.
“Tahun Baharu Cina tahun ini (2018) dalam zodiak Cina ialah Tahun Anjing, ia merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina bagi menyambut ketibaan tahun baharu dalam kalendar Lunar,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, dalam ucapan aluan oleh pengerusi GERAKAN dan MCA Negeri Kedah masing-masing menyeru ahli kedua-dua parti untuk terus menyokong kerajaan yang ada pada hari ini. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini juga akan memberi semangat yang baru untuk menghadapi pilihan raya umum yang hampir tiba.

Menteri Besar Kedah di dalam ucapannya turut berkata, masyarakat Cina perlu kembali bersama-sama BN untuk mengukuhkan lagi usaha memakmurkan negeri ini. Ujarnya, “pada tahun anjing ini kita akan dapat memberi satu suasana yang baik dalam semua perkara yang kita buat, kita lebih makmur, permasalahan politik, ekonomi dapat diselesaikan dan saya harapkan masyarakat Cina akan kembali kepada (menyokong) kerajaan (BN). Jika sekali silap memilih, maka kita akan rugi selama lima tahun, tanpa usaha semua kaum negara tidak akan mencapai kemajuan seperti hari ini, jika kita berpakat kita boleh buat macam-macam.

Mengulas lanjut mengenai PRU yang bakal tiba Ahmad Bashah menyatakan, “kita akan jumpa lagi satu Raya Besar iaitu pilihan raya yang bakal menjelma, kita beri kuasa kepada rakyat untuk memilih, jangan buat silap kerana setiap undi akan menentukan kehidupan kita pada masa hadapan”, tambah beliau lagi yang kemudiannya merasmikan majlis rumah terbuka dan menyempurnakan upacara gimik perasmian. Beliau juga meluangkan masa hampir 2 jam di majlis ini yang menghidangkan pelbagai juadah, persembahan kebudayaan dan nyanyian .

Sementara itu, Ah Mau, 70, salah seorang pengunjung yang di temui pemberita menyatakan beliau sangat gembira kerana rumah terbuka yang diadakan pada tahun ini sangat meriah. Katanya lagi, “saya berasa rakyat biasa seperti saya dihargai oleh pihak kerajaan dan berharap program seperti ini akan di teruskan pada tahun akan datang.”

– MRR

Tinggalkan komen anda