Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Lambakan Songket India Ancam Warisan Terengganu

By 20 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Zamri Abd. Razak & Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Lambakan produk-produk songket tiruan di pasaran menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna yang secara langsung boleh menjejaskan industri warisan songket.

Pengurus Nor Atikah Songket, Mohd Syukri Md Nor berkata, untuk mengurangkan risiko ini pengguna harus mempunyai ilmu supaya tidak mudah ditipu dengan penjual.

Syukri menunjukkan kain songket India di tangannya yang kualitinya sangat nipis dan terlalu sempurna kerana diperbuat menggunakan mesin.

Syukri menunjukkan kain songket India di tangannya yang kualitinya sangat nipis dan terlalu sempurna kerana diperbuat menggunakan mesin.

“Kadangkala ada penjual yang cakap itu songket Terengganu tapi dijualnya songket buatan mesin. Perbezaan antara songket Terengganu dengan songket India adalah daripada segi tenunannya.

“Kalau dilihat daripada segi kekemasannya, songket India sangat kemas dan terlalu sempurna kerana dibuat menggunakan mesin.

“Biasanya tengok pada hujung kain dekat benang emas, songket India di depan dan belakangnya sangat sempurna manakala songket Terengganu di hadapannya lebih kemas berbanding belakang,” katanya lagi.

Antara ciri-ciri lain songket India adalah kainnya yang jarang, nipis, ringan manakala songket Terengganu sedikit berbulu.

Menurut Syukri lagi, selepas songket India memasuki pasaran penjualan songket Terengganu menurun mendadak mungkin kerana harganya yang agak tinggi tetapi kualitinya jauh lebih bagus songket Terengganu.

-SH

Tinggalkan komen anda