Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Zahid umum bantuan RM4 juta untuk Masjid Bunut Susu

By 25 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Zahid dsambut penduduk tempatan. / Gambar sisip: Masjid Kampung Bunut Susu Tendong.

 

Laporan / Foto: Wan Noriza bt. Wan Jaafar

PASIR MAS, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Pelbagai masyarakat berbilang kaum menunggu kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Sepetang Bersama Rakyat di sini semalam.

Kemunculan beliau pada majlis yang berlangsung di Dataran KADA Tendong, Pasir Mas. Zahid itu disambut meriah oleh kira-kira 5,000 penduduk tempatan.

Kemuncak majlis menyaksikan Zahid mengumumkan bantuan peruntukkan sebanyak RM4 juta untuk Masjid Bunut Susu.

Selain itu, beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM1 juta bagi membantu  Masjid Iktikaf Masjid Kampung Atas Pinggir.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Dato’ Mustapa Mohamed, Merangkap Pengerusi Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan,Senator Datuk Haji Hanafi bin Mamat, Ahli Dewan Negara,Merangkap Pengerusi Pembangunan Pertanian Pasir Mas dan pemimpin tempatan.

Che Long bin Abdul Rahman,72 berterima kasih kepada kerajaan.

Che Long bin Abdul Rahman,72 berterima kasih kepada kerajaan.

Seorang pengunjung , Che Long bin Abdul Rahman,72, dari Kampung Atas Pinggir di sini berkata,”Pak cik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peruntukkan sebanyak RM1 juta kepada Masjid Iktikaf  Kampung Atas Pinggir.

Sementara itu, Normah bt. Yusoff, 47, Kampung Bunut Susu berkata,”Saya bersyukur kerana Masjid Bunut Susu juga mendapat peruntukkan sebanyak.RM4 juta dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah banyak membina masjid baharu dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Tendong.

Pada majlis tersebut Zahid turut menyampaikan bagi pihak Kerajaan Persekutuan batuan untuk ibu tunggal sebanyak RM500,000.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda