Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Gempa Bumi Sederhana Di Sabah

By 9 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

LAPORAN : Yahya Abdul Rajak / FOTO : Facebook Japen (Sabah)
KOTA KINABALU, 08 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Negeri Sabah mengesahkan bahawa berlaku gempa bumi sederhana di negeri ini pada pukul 9.06 malam tadi di lokasi 6.1 utara dan 116.6 timur, pada 5.2 skala richter 5.2 dengan kedalaman lima kilometer pada malam khamis.

IMG-20180309-WA0015

Gempa yang berpusat di berhampiran Gunung Kinabalu tersebut disahkan merupakan satu lagi gegaran baharu yang dikesan malam tersebut.

Gegaran yang berlaku tersebut turut dirasai hingga ke bandar Kota Kinabalu serta di beberapa buah daerah lagi di Pantai Barat Sabah.

IMG-20180309-WA0016

Sementara itu, maklumat yang diterima daripada Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi memaklumkan bahawa gegaran tersebut cukup kuat dirasai di kawasan pendakian tersebut.

IMG-20180309-WA0026

Katanya, gegaran tersebut turut memberi kesan kepada pergerakan batu di kawasan terbabit terutama di kawasan Laban Rata.

IMG-20180309-WA0020

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun turut mengeluarkan arahan agar pihak Taman-Taman Sabah melakukan pemantauan terutama dalam aspek keselamatan para pendaki.

IMG-20180309-WA0021

Berikutan arahan tersebut, seramai 130 pendaki yang berada di laban rata telah diarahkan kembali turun berikutan daripada kesan gegaran tersebut.

 

Proses membawa turut para pendaki berkenaan turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi penyelamat iaitu Jabatan Bomba dan penyelamat daerah Ranau dan pihak Taman-Taman Sabah, Jabatan Penerangan dan beberapa agensi lain yang turut berada dilokasi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sabah puka, gempa bumi magnitud 5.0 skala richter di lokasi 16 kilometer (km) Barat Laut Ranau.

Tiada amaran Tsunami yang dikeluarkan oleh METMAL setakat ini. Tindakan pemantauan di kawasan setempat (Papar, Lintas, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Kota Belud) turut dijalankan bagi memastikan maklumat perincian tepat diperolehi.

 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Aktiviti pendakian di puncak Gunung Kinabalu buat masa ini dibatalkan. Kesemua Staf dan pendaki sedang menuruni dari Laban Rata ke Timpohon. Tindakan bomba (Pasukan MoSAR, BBP Ranau, Pasukan STORM) adalah membantu proses mengiringi mangsa menuruni ke Timpohon.

Terdapat 239 staf dan pendaki yang berada di Laban Rata.

IMG-20180309-WA0024

Kesemua pendaki terbahagi kepada 8 kumpulan, yang mana kumpulan pertama sampai pada pukul 1.28 pagi dan kumpulan terakhir adalah pada pukul 4.19 pagi.

Operasi penyelamatan ditamatkan pada pukuk 4.25 pagi.

– MRR

 

Tinggalkan komen anda