Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Graduan Teknikal, Vokasional Penyumbang Pembangunan Pendidikan Teknikal Negara

By 21 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan
Ā 
Laporan oleh: Asmidar Zainol/Foto: Mohd Nasrie Tapisil (Sabah)
Ā 
Kota Kinabalu, 21 Mac (Malaysiaaktif) -Graduan latihan teknikal dan pendidikan vokasional penyumbang kepada pembangunan pendidikan teknikal di negeri ini dan negara amnya.
Ā 
Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar DatukĀ MahiruddinĀ berkata, graduan latihan teknikal dan pendidikan vokasional menunjukkan peningkatan kebolehpasaran yang amat memberangsangkan.
Tun Juhar (kanan) menyampaikan sijil Diploma kepada salah seorang penerima, Nurfarahin Natasah Md Ruslan.

Tun Juhar (kanan) menyampaikan sijil Diploma kepada salah seorang penerima, Nurfarahin Natasah Md Ruslan.

Ā 
Justeru, katanya, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) perlu terus komited dalam melaksanakan Transformasi Pendidikan Negara khususnya ke arah mengarus perdanakan pendidikan, latihan teknik dan vokasional bagi memastikan keperluan tenaga pekerja berkemahiran tinggi dapat dihasilkan untuk pembangunan ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti.
Ā 
Menurut Tun Juhar, graduan juga harus lebih berani dan bijaksana mendepani cabaran dan tidak terlalu bersikap memilih pekerjaan, sebaliknya mampu bersaing dan mempunyai nilai tambah yang diperlukan oleh majikan selain mempunyai keyakinan untuk menceburi bidang keusahawanan.
Ā 
Tun Juhar dalam ucapan rasminya pada IstiadatĀ Ā Konvokesyen PKK Ke-22 di sini, pada Rabu,Ā turut mengingatkan tenaga pendidik di pusat pengajian berkenaan untuk memberi fokus kepada Revolusi Industri 4.0.
Ā 
“Para pensyarah dan komuniti akademik perlu bersedia menghadapi perubahan dari segi keadaan bekerja dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak bagi menjayakan proses transformasi perkhidmatan awam yang menyentuh keupayaan bakat individu.
Tun Juhar (tengah, barisan hadapan) bergambar bersama barisan pengurusan Politeknik Kota Kinabalu.

Tun Juhar (tengah, barisan hadapan) bergambar bersama barisan pengurusan Politeknik Kota Kinabalu.

Ā 
“Selain itu, bakat kebolehan, kecekapan dan kemahiran sedia ada perlu ditambah nilai dan digunakan sepenuhnya bagi memaju kejayaan politeknik dan kekal relevan dengan keperluan pembangunan negara dan industri,” jelas beliau.
Zainab (kiri) menyampaikan cenderahati kenangan kepada Tun Juhar (kanan)

Zainab (kiri) menyampaikan cenderahati kenangan kepada Tun Juhar (kanan)

Ā 
Pada istiadat tersebut, seramai 1,315 graduanĀ  diraikan yang turut dihadiriĀ Pengarah PKK, Zainab Othman.
-MRR

Tinggalkan komen anda