Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

1MPAK Daerah Pokok Sena 2018

By 8 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh : Lyana Athirah Mohd Saad dan Mohd Annasae Mohd Shukor

 

POKOK SENA, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Pokok Sena, Datuk Said Ali Syed Rastan merasmikan Program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) Daerah Pokok Sena bertempat di GIATMARA Pokok Sena.

IMG-20180308-WA0037

Dalam ucapannya, beliau mengatakan program ini adalah platform kepada golongan belia dan wanita terutamanya yang sedang mencari peluang pekerjaan.

IMG-20180308-WA0028

Dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan, MARA sentiasa membantu dan menyediakan kemudahan untuk masyarakat mendapatkan latihan serta bantuan nasihat dalam bidang keusahawanan.

Empat pembiayaan yang berjumlah RM914 ribu diberikan kepada usahawan di daerah Pokok Sena. Selain daripada itu, MARA juga turut menyediakan bantuan sewaan premis perniagaan kepada dua orang usahawan tempatan. Ini menunjukkan MARA sentiasa komited dan peka dengan pembangunan keusahawanan tempatan.

IMG-20180308-WA0032

UMNO Bahagian Pokok Sena turut memberikan sijil kelulusan bina rumah baru (PBR) parlimen Pokok Sena kepada tujuh orang penerima yang layak. Selain itu juga, sebanyak 2000 pasang kaca mata percuma diberikan kepada pengunjung.

IMG-20180308-WA0035

Aishah Nan, 63, Hutan Gelam, Langgar, berkata, program ini amat bagus kerana membantu orang kampung serta membuka peluang anak-anak muda kampung mendapat pengetahuan mengenai MARA dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain daripada itu, dapat mendekatkan masyarakat dengan kerajaan.

Sufian Baharom, 49, Kampung Pokok Pauh, Lesong, pula berpendapat program ini memberikan pelbagai faedah dan sewajarnya diadakan setiap tahun.

IMG-20180308-WA0033

Program yang dapat menarik kira-kira 1,500 pengunjung ini turut dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah Inspirational Talk daripada selebriti Heliza Helmi, taklimat keusahawanan dari MARA, perkhidmatan servis minyak motorsikal percuma dan gunting rambut percuma oleh pelajar GIATMARA, jualan makanan foodtruck, cabutan bertuah bernilai sehingga RM10,000 dan banyak lagi.

– MRR

Tinggalkan komen anda