Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Kelantan Sentiasa Diberi Keutamaan

By 8 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Khairunnisa Ismail & Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 8 Mac, (Malaysiaaktif) – Negeri Kelantan tidak pernah dianaktirikan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sentiasa memberi keutamaan kepada negeri ini.

Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Yahaya Mamat, perjumpaan penjawat awam dan NGO pada kali ini adalah untuk memberi penjelasan bajet 2018 khususnya kepada rakyat negeri Kelantan.

“Peruntukan yang diberi kepada Negeri Kelantan melalui pembangunan adalah sebanyak RM6.2 bilion berbanding Negeri Melaka dan beberapa negeri lain yang mana peruntukan yang diberi adalah jauh lebih sedikit.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir pada program ini.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir pada program ini.

“Pihak kerajaan sekarang telah banyak memajukan negeri Kelantan dengan membina Sekolah-sekolah Maktab Rendah Sains Mara, membina lebuh raya, membina Hospital Kuala Krai, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan banyak lagi pembangunan untuk rakyat Kelantan,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Johor, Universiti Malaya Nilam Puri, di sini hari ini.

Menurut Setiausaha Komuniti 1Malaysia Teluk Chengal, Nor Afniza Mohd Ghani, 43, menzahirkan rasa syukur setelah mendapat gambaran yang jelas akan peruntukan yang diberi oleh kerajaan persekutuan kepada rakyat Kelantan.

“Pelbagai agenda pembangunan telah dirancang dan dilaksanakan di negeri ini, dan sebagai rakyat negeri ini, saya terharu dengan keprihatinan kerajaan persekutuan,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Hasmaryanti Kamaruzzaman,42, beliau cukup terharu akan keprihatinan Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa memberi keutamaan kepada negeri ini untuk menjaminkan keselesaan kepada rakyat Kelantan.

“Program seperti ini perlu diadakan dengan lebih kerap bagi membuka mata rakyat Kelantan bahawa negeri ini bukanlah negeri yang disisihkan seperti yang diwar-warkan,” jelasnya.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Azahar Ismail, Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Mohd Najib Abdullah serta Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Muhammad Akram Abdul Aziz.

– SH

Tinggalkan komen anda