
Laporan Oleh : Noor Hidayah Binti Mohd Izam
Foto Oleh : Najib Mohaini
BATU PAHAT, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 24 warga Dewan Undangan Negeri Semarang terima sentuhan kasih sempena program Menghubung Menyatu (NBOS-CTU) Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada jumaat.
Selain 24 orang ini, dua orang penduduk iaitu Jaafar Mohd Noor dan Ahmad Agus Mohd Mohlas telah terpilih dalam program pembaikan rumah yang bernilai RM20 ribu setiap sebuah.
Program yang berlagsung di Dewan Terbuka Parit Andin 3, Mukim VII Tanjung Sembrong, Batu Pahat ini telah dihadiri sekitar 200 orang.
CTU-KKMM merupakan usaha kerajaan dalam menaik taraf sistem perhubungan komunikasi dan juga membantu baik pulih rumah asnaf yang terpilih agar mendapat kehidupan yang lebih selesa.

Kembara Jalinan KAsih menyerahkan sentuhan kasih berupa keperluan harian kepada Ahmad Agus Mohd Mohlas
Bekas ADUN Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali dalam ucapannya berkata, Program yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan ini bersama Komuniti 1 Malaysia ini suatu yang bagus.
Ia merupakan suatu kebaikan untuk rakyat dan masyarakat dari satu kampung dapat dihubungkan dengan kampung yang lain.
Berkat muafakat menghubung dan menyatu ini juga menjadi kebaikan masyarakat dapat membantu penduduk yang susah untuk mempunyai rumah yang lebih selesa, ujarnya lagi.
Pihak Jabatan Penerangan Negeri Johor juga turut menyerahkan sumbangan mesin kompressor bernilai RM800 kepada Persatuan Nelayan Batu Pahat bagi memudahkan urusan pekerjaan nelayan-nelayan di Batu Pahat.

Jabatan Penerangan Negeri Johor juga turut menyerahkan sumbangan mesin kompressor bernilai RM800 kepada Persatuan Nelayan Batu Pahat
Shukor Jaafar, 53 menyatakan selaku Pengerusi Persatuan Nelayan Batu Pahat dia berasa bersyukur dan bangga kerana kerajaan pada hari ini terlalu banyak membantu nelayan – nelayan dari segi barang kelengkapan menangkap ikan, membaik pulih rumah nelayan, dan latihan.
Menurutnya bagi menyatakan rasa berterima kasih pada kerajaan, pihak Persatuan Nelayan juga turut terpanggil untuk menyumbang tenaga membantu golongan yang memerlukan.
Harapannya nelayan yang telah uzur yang tidak mampu turun ke laut lagi diberikan bantuan elaun sara hidup oleh kerajaan, katanya lagi.
Mohamed Ishak, 78 berkata dia amat bersyukur dalam ramai-ramai penduduk di Mukim VII Tanjung Sembrong ini dirinya terpilih untuk mendapat bantuan sentuhan kasih dari kerajaan.
Memandangkan dirinya yang telah tua dan uzur, amat sukar untuk dia melakukan pekerjaan bagi menyara kehidupan. Dia juga berharap bantuan tidak terhenti di sini.
– MRR