Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Manifesto Barisan Nasional Kekal Relevan

By 8 April 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Azmi Abd. Rahman (Machang)

MACHANG, 8 April (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kandungan manifesto tersebut menepati kehendak semua lapisan rakyat tanpa mengira agama, bangsa, umur serta jantina yang ada di Malaysia yang mencakupi aspek politik, ekonomi, pendidikan, prasarana serta pembangunan negara.

Zainuddin menyambut baik manifesto kali ini kerana mampu mensejahterakan rakyat dalam semua bidang.

Zainuddin menyambut baik manifesto kali ini kerana mampu mensejahterakan rakyat dalam semua bidang.

Menurut Pengerusi JKKP Pangkal Meleret, Zainuddin Mat Jusoh, 54, semua pihak sepatutnya menyambut baik manifesto ini kerana ia dilihat mampu mensejahterakan rakyat di negara ini dalam semua bidang.

“Manifesto BN sememangnya selaras dengan kemajuan negara dalam menempuh era globalisasi ke arah sebuah negara maju.

“Proses menaikkan taraf jaringan pengangkutan dengan pembinaan ECRL serta lebuh raya akan memberi impak yang baik bagi keselesaan serta kelancaran mobiliti rakyat,” katanya yang ditemui pemberita semalam.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Ibrahim Safin amat berpuas hati dengan manifesto yang telah dilancarkan.

Ibrahim gembira sektor awam turut mendapat pelbagai insentif bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan.

Ibrahim gembira sektor awam turut mendapat pelbagai insentif bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan.

“Kami golongan penjawat awam amat berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan kakitangannya.

Di dalam manifesto kali ini sektor awam juga mendapat pelbagai insentif bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan,” ujarnya.

Manakala bagi Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Intan, di sini Mohd Alwi Azrai, 52, bidang pendidikan yang ditekankan dalam manifesto BN adalah satu langkah yang relevan.

“Bidang pendidikan merupakan asas utama dalam melahirkan modal insan yang lebih efisien sebagai aset kepada pembangunan negara,” kata Mohd Alwi.

Seorang surirumah, Che Ramlah Ali, 58, menzahirkan rasa gembira kerana golongan wanita turut diberi perhatian khusus menerusi manifesto yang dilancarkan.

“Pelbagai insentif khas telah diwujudkan bagi membantu kami golongan wanita di negara ini. Bantuan daripada pelbagai aspek untuk kaum wanita sebenarnya membawa makna yang amat besar,” jelas Che Ramlah.

– SH

Tinggalkan komen anda