Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

EKSA Tingkat Dan Bina Imej Warga HQE

By 7 April 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan dan foto oleh : Zaidi Jamin

 

KOTA KINABALU, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Timbalan Pengarah 1, Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Yogendran A/L Panchalingam berkata, penglibatan dan sokongan setiap warga hospital terhadap program Ekosistem  Kondusif Sektor Awam (EKSA) pasti membantu mereka berkerja dengan lebih sistematik.

“Persekitaran yang bersih dan kondusif bukan saja membantu warga hospital berkerja dengan selesa dan selamat, malah membantu meningkatkan imej hospital sekaligus membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi.

Sesi Senamrobik warga hospital sebelum gotong royong perdana EKSA HQE dilaksanakan.

Sesi Senamrobik warga hospital sebelum gotong royong perdana EKSA HQE dilaksanakan.

 

“Warga kerja hospital bukan sahaja perlu menjaga keperibadian serta kebersihan diri sebaliknya perlu peka terhadap kebersihan persekitaran kerana kedua-dua faktor menpengaruhi mutu perkhidmatan ke arah yang lebih cemerlang,”katanya.

Dr. Yogendran berkata demikian semasa melancarkan Program Gotong Royong Perdana EKSA kali ke–dua 2018  bertempat di Perkarangan Lobi HQE Aras 2, pada pagi jumaat.

Bersih, Kemas, Selasa dan Selamat ..antara kawasan tumpuan Program Gotong Royong Perdana sekitar klinik dan wad.

Bersih, Kemas, Selasa dan Selamat … antara kawasan tumpuan Program Gotong Royong Perdana sekitar klinik dan wad.

 

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Tadbir di unit pentadbiran Faridah Ahmad, penerapan EKSA diperingkat hospital termasuklah penganjuran program gotong royong beri banyak munafaat kepada warga perubatan secara umumnya.
Selain menyemarakkan aktiviti ke arah lebih kreativiti dan inovatif, melalui EKSA budaya amalan kerja berpasukan kalangan kakitangan terus mekar dan diberi keutamaan.
Dr. Cheah Kae Ling Pegawai Perubatan di bahagian Klinikal pula berpandangan, usaha hospital membudayakan  amalan EKSA nyata beri kesan positif kepada  hospital.

Dr. Yogendran (Kiri) menyampaikan hadiah dan sijil Pertandingan Stor Terbaik kepada wakil daripada unit pengurusan hospital.

Dr. Yogendran (Kiri) menyampaikan hadiah dan sijil Pertandingan Stor Terbaik kepada wakil daripada unit pengurusan hospital.

Beliau yakin melalui perlaksanaan dan penerapan EKSA di semua peringkat melibatkan 21 Zon, matlamat hospital untuk bergerak menjadi sebuah organisasi berimej positif di mata publik mampu direalisasikan bersama.

Hampir seluruh warga HQE, terdiri daripada ketua-ketua Jabatan, pegawai perubatan, jururawat dan kakitangan pengurusan daripada setiap wad dan klinik hadir menjayakan program.

Majlis pelancaran dimulai dengan sesi senamrobik diikuti penyampaian hadiah dan sijil Pertandingan Stor Terbaik.

Gotong royong seterusnya bergerak ke seluruh kawasan wad dan klinik dan antara tumpuan program termasuklah  sekitar Jabatan Rehabilitasi serta Unit Hemodialisis.

Hadir sama Timbalan Pengarah  Bahagian Pengurusan, Jasnawati  Binti  Jasmin serta Pengerusi Jawatankuasa Promosi EKSA Peringkat HQE, Arshad Abdul Majid.

 

  • MRR

 

 

Tinggalkan komen anda