Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

KM Lulus Peruntukan RM90 Juta Untuk Jambatan Sungai Krian

By 23 April 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto :Mohd Baharruddin Mohamad & Razali Ihi (Sarawak)

SARATOK, 23 April (Malaysiaaktif) – Pendudukan pesisiran di bahagian Betong dan kawasan sekitarnya bakal menikmati infrastruktur jalanraya dan Jambatan Sungai Krian yang bakal menghubungkan jalan di pesisiran.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM90 juta untuk membina jambatan Sungai Krian dan kerja pembinaan akan dilakukan pada penghujung tahun ini.

“Dengan adanya Jambatan Sungai Krian nanti, ia bakal menghubungkan jalan di pesisir pantai dari Samarahan ke kawasan Kabong dan sekitarnya.

Abang Johari di sambut oleh masyarakat setempat.

Abang Johari di sambut oleh masyarakat setempat.

“Penduduk Saratok, Betong dan kawasan sekitarnya bakal menikmati pembangunan pesat menerusi aktiviti agropolitan dan pelbagai tanaman seperti kelapa serta lain-lain tanaman yang boleh ditanam di kawasan tersebut dan ini dapat menaikkan taraf pendapatan ekonomi dikawasan tersebut,” katanya semasa perasmian program Sejiwa Senada 2018 Bahagian Betong di Dataran Saratok, baru-baru ini.

Selain peruntukan tersebut, sebanyak RM87 juta diperuntukkan untuk menaik taraf jalan Kupang-Bajau serta menyelesaikan masalah air di kawasan Kabong, Sessang dan Saratok dalam tempoh terdekat.

“Kita berharap dengan usaha kerajaan membangunkan kawasan ini ia akan memberi impak positif kepada masyarakat di sini dan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat,” katanya.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

-SH

Tinggalkan komen anda