Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

YPKDT Bawa Wanita Ke Arus Pembangunan.

By 1 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh : Siti Nabila Binti Bohari /
Foto oleh : Mohd Najib Mohaini

JOHOR BAHRU, 1 April (MalaysiaAktif) – Mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum, taraf pendidikan, latar belakang agama atau bangsa antara agenda utama Kerajaan Negeri Johor.

Selari dengan hasrat dan matlamat tersebut, Kerajaan Negeri melalui penubuhan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah menetapkan salah satu objektif penubuhannya adalah Membawa Wanita Ke Arus Pembangunan.

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mengajurkan satu program yang membolehkan golongan usahawan meningkatkan keupayaan, professional dan eksekutif wanita dibawah program IM Makmur.

Penyerahan Surat Kerjasama IM Makmur kepada wakil YPK Darul Takzim oleh Menteri Besar Johor

Penyerahan Surat Kerjasama IM Makmur kepada wakil YPK Darul Takzim oleh Menteri Besar Johor

IM Makmur adalah program inisiatif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang dirangka dan dilaksana secara kreatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dengan peningkatan pendapatan sekurang -kurangnya 20 peratus dari pendapatan asal mereka.

Ketua EKsekutif IRDA, Ismail Ibrahim berkata, menerusi IM Makmur, cabang kemahiran adalah pendekatan yang diberi penekanan dalam meningkatkan taraf hidup golongan sasar bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi dan selesa.

Simbolik perasmian dengan melepaskan lima ekor burung merpati

Simbolik perasmian dengan melepaskan lima ekor burung merpati

Menerusi Program IM Makmur tersebut wujudnya Bazarnita Muafakat Johor untuk memberi motivasi kepada pengusaha atau usahawan kumpulan sasar iaitu ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah dan OKU untuk mempelbagaikan teknik pemasaran peniagaan mereka untuk membantu golongan sasar meningkatkan pendapatan mereka.

Bazarnita Muafakat Johor telah memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM100,000.00 yang disalurkan oleh IRDA melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

Seramai 30 orang pengusaha atau usahawanita normal dan 10 orang dari kumpulan sasar OKU di bawah agensi atau jabatan di bawah portfolio Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor terlibat dalam program tersebut.

Peserta usahawanita yang terlibat di Bazarnita Muafakat Johor

Peserta usahawanita yang terlibat di Bazarnita Muafakat Johor

Projek ini berkonsepkan jualan terus pengusaha atau usahawan kepada orang awam. Sama seperti konsep pasar tani dan akan diadakan pada hujung minggu setiap bulan mengikut tempat yang telah dipilih dan sesuai dijadikan kawasan tapak jualan. Antaranya di Daerah Johor Bahru Medan Selera Iskandar Malaysia, Gelang Patah telah menjadi pilihan sebagai tapak jualan Bazarnita Muafakat Johor.

Nur Aishah 45 berkata, melalui Bazarnita Muafakat Johor ini beliau dapat memasarkan produknya lebih meluas dan mampu menambahkan pendapatan dan menampung perbelanjaan keluarga daripada hasil jualan di Bazarnita Muafakat Johor.

Safiah 30, seorang orang kelainan upaya OKU turut menyertai projek Bazarnita Muafakat Johor berkata, beliau dapat membantu keluarga walaupun tidak mempunyai keupayaan seperti usahawan wanita normal yang lain.

Melalui Bazarnita Muafakat Johor tersebut beliau mampu mempromosikan jualan barangan kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh beliau.
Projek ini telah dilancarkan dan dirasmikan pada 1 April 2018 oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor di Taman Sinar Harapan Jubli, Jalan Datin Halimah.

– MRR

Tinggalkan komen anda