Skip to main content
Berita TempatanHomeKedahViral

Adun Pembangkang Tetap Dapat Peruntukan Kerajaan – Mukhriz

By 14 Mei 2018Tiada komen1 minit bacaan
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba tepat jam 8 pagi pada hari pertama bertugas di Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. 

 

ALOR SETAR, 14 Mei — Kerajaan Kedah bersedia untuk memberi peruntukan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dalam memastikan rakyat di kawasan tersebut tidak dipinggirkan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah semalam, namun kaedah pemberiannya akan diputuskan kemudian.

“Masa jadi pembangkang dahulu, perkara itulah yang kita bangkitkan kepada Barisan Nasional (BN). Tetapi bila dah jadi kerajaan ini, kita akan beri pertimbangan sewajarnya dan kaedahnya pula perlu diperhalusi lagi.

“Tapi perkara paling penting adalah untuk memastikan bahawa rakyat di kawasan yang dimenangi pembangkang tidak ditinggalkan dan dihukum hanya kerana mereka mengundi parti lain. Bila perkara ini jadi, tidak bermakna kerajaan tidak akan memberi perhatian kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Mukhriz tiba di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman pada pukul 8 pagi untuk mengetik kad perakam waktu bagi memulakan hari pertamanya bertugas sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

 

Tinggalkan komen anda