Skip to main content
Berita TempatanHomeWilayah Persekutuan

RM30 Juta Kos Siaran Piala Dunia Ditaja Bukannya Ditanggung Kerajaan

By 31 Mei 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Kos siaran Piala Dunia 2018 sebanyak RM30 juta dilakukan melalui penajaan bukannya melalui kantung kerajaan seperti yang didakwa sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjelaskan, sebanyak RM30 juta diperlukan untuk menanggung kos siaran perlawanan tersebut dan setakat ini kementerian telah berjaya mendapatkan tajaan daripada penaja sebanyak RM15 juta.

Gobind menunjukkan surat tawaran daripada Sports Media and Distribution untuk menjadi penyiar rasmi Piala Dunia 2018.

Gobind menunjukkan surat tawaran daripada Sports Media and Distribution untuk menjadi penyiar rasmi Piala Dunia 2018.

“Kita telah mendapat surat daripada syarikat Sports Media and Distribution untuk penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia 2018 dengan kos keseluruhan RM30 juta,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Peruntukan untuk siaran perlawanan bola sepak ini diluluskan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengambil kira ianya merupakan acara antarabangsa dan berlaku empat tahun sekali.

Kementerian juga masih memikirkan usaha untuk menampung separuh lagi daripada kos keseluruhan siaran.

“Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedang memikirkan kaedah mencukupkan kos siaran dan kita mempelawa mana-mana syarikat untuk menaja siaran ini dalam masa dua minggu sebelum perlawanan bermula,” ujarnya lagi.

Tinggalkan komen anda