Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Bas Percuma Di DUN Sungai Tua Seperti Dijanjikan – Amirudin

By 14 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua bakal menikmati kemudahan bas percuma ‘SmartSelangor’ menjelang penghujung tahun ini seperti dijanjikan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, memaklumkan perkara tersebut di peringkat akhir perbincangan dengan pihak pengendali bas khasnya berkaitan jajaran bas.

Amirudin (berbaju hijau) beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Amirudin (berbaju hijau) beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

“Saya sedang bincang dengan pihak pengendali bas dan akan menggunakan peruntukan DUN untuk membiayai sebuah bas lagi di kawasan DUN Sungai Tua sebagaimana janji saya semasa pilihanraya lalu (PRU14).

“Ianya dalam peringkat akhir kerana terdapat beberapa pihak yang ingin menaja dan ia sedang diselesaikan, mungkin peruntukan dapat dijimatkan dan kosnya hampir RM300 ribu setahun,” katanya.

Beliau ditemui semasa Majlis Kesyukuran dan Sambutan Eidul Fitr DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, di sini hari ini.

Tambah Amirudin, perkhidmatan bas percuma itu akan dapat dilaksanakan pada bulan November atau Disember ini khasnya untuk penduduk di kawasan Wira Damai, Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana hingga sampai ke stesen Komuter Batu Caves.

“Ia sebagai menghargai sokongan pengundi dan rakyat selama ini sehingga dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Amirudin turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Amirudin turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

“InsyaAllah, saya akan terjemahkan melalui perkhidmatan dan menyelesaikan masalah-masalah tertunggak seperti di penempatan India dan Selayang Baru serta isu-isu berkaitan tanah yang belum selesai,” jelasnya yang merupakan ADUN Sungai Tua.

Sementara itu, majlis kesyukuran dan sambutan Aidilfitri DUN Batu Caves dihadiri lebih 5000 orang penduduk sekitar Batu Caves dan Gombak.

Amirudin berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan beramah mesra dengan pengunjung.

Turut hadir Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim, ADUN Gombak Setia, Muhamad Hilman Idham, EXCO Selangor, Ir Izham Hashim dan Datuk Abdul Rashid Asari serta ketua-ketua jabatan.

-SH

Tinggalkan komen anda