Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kelas Bimbingan Al Quran Bantu Pelatih Celik Al Quran

By 26 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Dan Foto Oleh :  Fasharina Kholil

 

SIK, 26 Julai (Malaysiaaktif) – Keinginan untuk membantu pelatih agar celik Al Quran, mendorong guru-guru Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sik mengadakan kelas bimbingan Al Quran khusus untuk pelatih PDK Sik, di sini.

Kelas yang dijalankan pada setiap hari Selasa ini melibatkan 30 orang pelatih PDK.

WhatsApp Image 2018-07-26 at 12.36.27 (1)

Menurut Penyelia PDK Sik, Sharifah Mohd Daud, kelas ini bertujuan untuk melatih para pelatih agar mengenal Al Quran dan memastikan bacaan yg betul khususnya di dalam solat.

Tambah Sharifah lagi, aktiviti yang dijalankan termasuklah kemahiran komunikasi serta kepimpinan diharapkan dapat melahirkan pelatih yang celik Al Quran walaupun dalam keadaan yang agak terbatas.

“Paling penting kami berharap agar ia dapat memupuk rasa cinta terhadap Al Quran sekaligus menghayati serta mengamalkan perintah Allah SWT,” jelas Sharifah lagi.

Antara pelajar yang mengikuti kelas ini

Antara pelajar yang mengikuti kelas ini

Ujar Sharifah lagi, tenaga pengajar juga merupakan komuniti setempat yang ikhlas membantu serta berkongsi ilmu.

Sementara itu, menurut salag seorang Guru PDK Sik, Noor Adnin Othman, kelas bimbingam ini merupakan satu program yang sangat bermanfaat untuk pelatih Program celik quran merupakan satu program yang sangat2 bermanfaat untuk pelatih kerana ia bertujuan membantu pelatih OKU belajar membaca Al Quran.

“Kami berharap agar ada pelatih yang pada awalnya tidak mengenal huruf asas sehingga boleh mengaji Al- Quran dengan baik,” ujarnya lagi.

WhatsApp Image 2018-07-26 at 12.36.36

Jelas Adnin lagi, mereka memahami situasi pelatih-pelatih yang mungkin malu dan rasa rendah diri untuk menyertai kelas mengaji Al Quran bersama rakan-rakan normal yang lain.

“Jadi bertitik tolak dari situ, kami rasa ia merupakan tanggungjawab kami para guru untuk adakan satu kelas Al Quran khusus untuk mereka agar mereka turut sama dapat merasa seperti insan lain,” katanya lagi.

– MRR

Tinggalkan komen anda