
Laporan dan foto : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)
PUTRAJAYA, 30 Jul (Malaysiaaktif) – “Bila Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) umumkan sahaja mengenai sumbangan idea dan ilham lakaran logo Hari Kebangsaan ke 61, sambutan begitu hangat sekali sehingga mendapat 632 penyertaan,” Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka, Jabatan Penerangan Malaysia, Mohd Roffee Mohamad berkata demikian semasa ditemui selepasi sidang media Hari Kebangsaan baru-baru ini.
Buat julung kalinya penciptaan logo Hari Kebangsaan pada tahun ini tidak menawarkan apa-apa hadiah tetapi lebih kepada sumbangan ilham kreativiti kepada negara, katanya lagi

Penyertaan untuk sumbangan logo amat menggalakkan walaupun tanpa sebarang tawaran hadiah – Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka, Mohd Roffee Mohamad
Menurut Roffee, peserta paling tua berumur 83 tahun dan yang paling muda berumur 15 tahun dan yang menariknya ialah peyertaan kali ini melibatkan begitu ramai peserta bukan Melayu. Malah ada yang hantar sehingga 21 logo.
Ada diantara logo yang disumbangkan itu dilukis menggunakan tangan dengan pelbagai jenis warna seperti warna air, warna pensel dan lain-lain, ujarnya.
Roffee berkata, pemilihan logo ialah berdasarkan tiga kriteria. Pertama, kesesuaian dan ketepatan logo itu sendiri sebabnya logo mestilah tidak boleh lari dari membuat membuat bentuk hati kerana temanya Sayangi Malaysiaku
Istimewanya logo yang dipilih ini ialah ia boleh mengambarkan Sayangi Malaysiaku tetapi berbeza dengan yang lain-lain.
Logo yang ni mengambarkan tiga orang yang ceria tapi tiga orang ini boleh disatukan dengan lambing hati ditengahnya.
Ia sangat mengambarkan sayangi Malaysiaku, rakyat yang ceria dan saling menyayangi.
Kriteria kedua ialah, logo yang cipta boleh dibesarkan sebesar bangunan dan boleh dikecilkan kepada duit lima send an ia tetap kelihatan menarik, katanya lagi.
Ujar Roffee, semua peserta ini akan diraikan dan diberi sijil yang ditangani oleh Menteri KKMM sendiri.
Ada juga cadangan, konvoi kembara merdeka singgah dilokasi para peserta ini, menurutnya.
Sebelum itu, semasa sidang media Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, lagu ciptaan Bunkface Kita Punya Malaysia dipilih sebagai lagu tema Sambutan Hari Kebangsaan ke 61 pada tahun ini dan akan disiarkan dimedia rasmi seluruh Negara.
Menurut Gobind, seperti mana pemilihan logo hari kebangsaan, pihaknya juga telah membuat pilihan pelbagai lagu dan lagu ini dipilih kerana mengambarkan kerajaan baru yang bertenaga untuk berkhidmat kepada rakyat selama lima tahun akan dating.
Bagi menaikkan lagi semangat patriotism dalam kalangan masyarakat semua lagu-lagu patriotik termasuk yang tahun-tahun sebelumnya akan dimainkan semula.
Pada majlis yang sama, Gobind memaklumkan logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang dipilih adalah hasil ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam.
Logo ciptaan beliau menggambarkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan mereka.
Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara Malaysia.
Penggunaan warna-warna adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 akan diadakan pada 3 hingga 5 Ogos 2018 bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, ujar Gobind.
Katanya lagi, bagimenyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, program Kembara Merdeka Jalur Gemilang akan menjelajah seluruh negara bermula pada pelepasannya (flag off) iaitu 4 Ogos di Pulau Pinang dan akan tamat pada 31 Ogos 2018 iaitu semasa Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya.
Putrajaya dipilih sebagai lokasi kemuncak sambutan hari kebangsaan pada tahun ini kerana ia pusat pentadbiran Negara.
Ia sangat signifikan kerana ia tapak pemerintahan dan pada tahun ini istimewanya ialah meraikan kerajaan baru
Hari Malaysia pula akan diraikan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 Setember.
Gobind mengakhiri ucapa dengan menyeru semua rakyat Malaysia sama-sama mengibarkan jalur gemilang sebagai rasa bangga menjadi rakyat Malaysia