Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Hari Pahlawan : Kenang Jasa Pertahanan Negara

By 31 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh : Noor Azian Saad (Kota Setar)

 

ALOR SETAR, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada pagi ini bertempat di Tugu Peringatan, Jalan Tunku Bendahara.

WhatsApp Image 2018-07-31 at 14.36.25

Acara yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah disulami dengan Tiupan Last Post dan deklamasi sajak Pahlawan oleh DSP Azizi Bin Ahmad.

Turut diadakan Istiadat perbarisan dan diikuti dengan upacara meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah berkenan untuk meletakkan kalungan bunga diikuti pula oleh  Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

WhatsApp Image 2018-07-31 at 14.34.50

Istiadat yang berlangsung meriah ini telah diikuti pula dengan acara meletak kalungan bunga ke Tugu Peringatan oleh Panglima 6 Briged, Ketua Polis Negeri Kedah, Panglima Wilayah Laut 3, Komandan TUDM, Yang Dipertua Bekas Tentera dan Yang Dipertua Bekas Polis.
Sebanyak 12 kontigen badan beruniform telah terlibat untuk acara perbarisan pada tahun ini.

WhatsApp Image 2018-07-31 at 14.34.51

Perbarisan kontigen telah diketuai oleh Mejar Sobri Hashim. Antara kontigen yang mengambil bahagian ialah Kontigen Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Tentera Udara DiRaja Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Persatuan Veteran Angkatan Tentera, Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Pengakap, Pasukan Kadet Remaja Sekolah dari Kolej Sultan Abdul Hamid dan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Darat dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kubang Pasu.

WhatsApp Image 2018-07-31 at 14.36.23

Pengerusi Persatuan Bekas Polis Negeri Kedah, Haji Omar Haji Saad yang ditemui berkata sambutan yang merupakan acara tahunan perlu diadakan bagi mengenang kembali jasa anggota pertahanan negara yang telah gugur.

WhatsApp Image 2018-07-31 at 14.34.49

Selain itu, melalui acara yang dihadiri hampir 300 orang ini juga dapat menyemarakkan rasa cintakan tanah air.

Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Negeri Kedah, Datuk Yusof berkata melalui acara ini Tabung Rayuan Hari Pahlawan turut diedarkan bagi mengutip sumbangan kepada anggota keselamatan yang terlantar sakit dan uzur.

Turut hadir bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dan Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah.

  • RDL

Tinggalkan komen anda