Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

MESTECC Perkasa STI, Bantu Pasarkan Prototaip

By 30 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
                                Laporan oleh: Asmidar Zainol/Foto: Ahmad Marif (Sabah)

KOTA KINABALU, 30 Jul (Malaysiaaktif) РKementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC) memberi tumpuan kepada memperkasakan industri Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, pemerkasaan STI secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti dalam bidang berkenaan.

“Bila kita ada penyelidikan inovasi yang berkaitan dengan industri, secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan atau pekerjaan yang dicipta akan memberikan pendapatan yang lebih tinggi.

“Melalui dana Inovasi, Sains dan Teknologi kita akan tumpu kepada nilai ekonomi ¬†untuk mencipta lebih banyak pekerjaan dan meningkatkan produktiviti industri.

“Kita juga akan membantu mereka yang tiada peruntukan untuk mengkomersialkan produk mereka.

Shafie (kanan) berbual mesra dengan Yeo (tengah) dan Isnaraissah (kiri).

Shafie (kanan) berbual mesra dengan Yeo (tengah) dan Isnaraissah (kiri).

“Jadi kepada mereka yang ada prototaip dan mempunyai potensi untuk dikomersialkan, kita akan bantu untuk memasarkan ia, secara tidak langsung dapat mencipta pekerjaan,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan¬†hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal¬†di sini,¬†baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Yeo turut memaklumkan pembinaan satelit negara tidak akan dilaksanakan pada masa terdekat.

“Pada masa sekarang, kementerian belum ada keputusan dalam bajet 2019 untuk membina satelit memandangkan kosnya agak besar.

“Kita dalam proses kajian semula analisis manfaat kos pembinaan satelit sama ada perlu diteruskan atau sebaliknya,”ujarnya.

Tambah Yeo, kementeriannya akan sentiasa memastikan setiap program atau projek oleh kerajaan terdahulu yang membawa kebaikan kepada rakyat akan diteruskan dan mana-mana projek atau program sebaliknya akan dikaji semula dan cara untuk diperbaiki.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis.

-MRR

Tinggalkan komen anda