Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuan

Semangat Hari Sarawak Turut Dirasai di Labuan

By 27 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto oleh: M. Khairul Azad Yunus

LABUAN 27 Jul (Malaysiaaktif) – Semangat dan kemeriahan Hari Kemerdekaan Sarawak turut dirasai oleh komuniti etnik negeri itu di pulau ini menerusi Program Jom Berambeh Bersama Anak Sarawak Di Labuan anjuran Muafakat Komuniti Malaysiaku Zon 14.

Menurut Pemangku Pengerusinya, Anna Jessi, penganjuran julung kali itu diisi dengan pelbagai acara antaranya nyanyian lagu Ibu Pertiwiku,sukaneka, sesi suai kenal dan cabutan tiket bertuah.

Anna Jessi

Anna Jessi

Seramai 250 orang anak Sarawak dari pelbagai suku kaum dan etnik yang bekerja serta menetap di Labuan berjaya dihimpunkan dalam program yang kita anjurkan sempena Sambutan Hari Sarawak 2018.

“Program ini juga bertujuan memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim di kalangan anak Sarawak yang ada di pulau bebas cukai ini, “katanya yang ditemui semasa program itu pada 22 Julai lalu.

Beliau turut berkongsi rasa bangga dan melahirkan rasa kesyukuran menjadi rakyat Negeri Sarawak.

“Negeri Sarawak adalah salah satu negeri contoh di Malaysia yg didiami oleh perlbagai suku kaum dan etnik, namun hidup aman makmur harmoni dan penuh perpaduan walaupun berbeza kaum, agama dan ideologi politik,”kongsinya.

Para tetamu merakamkan gambar kenangan

Para tetamu merakamkan gambar kenangan

Beliau turut berharap program seperti itu terus dijalankan dan mendapat sambutan dari anak-anak Sarawak yang menetap di Labuan.

“Semoga acara seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan dan semoga anak-anak Sarawak akan terus eratkan lagi perpaduan di kalangan antara satu dan yang lain, bersatu hati demi masa depan negeri yang tercinta,” ujarnya lagi.

 

EM

Tinggalkan komen anda