
Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)
BALING, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Baru-baru ini telah berlangsung program ASEAN@YourFingertips 2018 yang merupakan kesinambungan program-program KENALI ASEAN yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Antarabangsa, Jabatan Penerangan Malaysia secara berkolaborasi bersama pelbagai kementerian, jabatan, agensi sejak tahun 2008.
Antaranya program-program yang dilaksanakan ialah, ASEAN@Campus, ASEAN@School(Primary), ASEAN@School(Secondary), ASEAN@Community, ASEAN@Jamboree, ASEAN Quiz Online National Level & Regional Level, ASEAN DAY, Choral Speaking Competition, TED Talk dan sebagainya.
Di bawah ASEAN@YourFingertips terdapat dua program induk iaitu program Asean@Campus dan Asean@School pada 14 dan 15 Julai lalu. Bagi program Asean@School, ia melibatkan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Pulai, Baling, dan telahpun bermula sejak 10 Julai lalu yang melibatkan guru-guru sekolah murid -murid pra sekolah dan sekolah rendah.
Murid – murid pra sekolah dan sekolah rendah terlibat dengan program mewarna ada sama yang sama ada program puzzle games melibatkan guru -guru dan pelajar. Selain itu, ada juga program lukisan mural di dinding bangunan sekolah.
Ia dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman bersama Guru Besar sekolah ini dengan mentandatangi mural di situ.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid bersalaman dengan murid-murid SK Pulai
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman, beliau mengucapkan syabas tahniah kepada kumpulan yang telah mengaturkan ASEAN@YourFingertips di sekolah SK Pulai dalam usaha untuk menyemarakkan lagi pengetahuan dan pendedahan masyarakat khususnya kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SK Pulai ini tentang kepentingan pengwujudan komuniti ASEAN yang diusahakan oleh pemimpin terdahulu.
Beliau berkata, ASEAN ini amat penting dalam pelbagai perkara untuk masyarakatnya seperti penwujudan kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality.
Masyarakat perlu selalu diingatkan supaya memahami keperluan ASEAN untuk terus wujud.
Selain itu memahami kehidupan seluruh masyarakat ASEAN seperti ciri budaya, mata wang, kaedah ekonomi, punca pendapatatan dan sebagainya dapat mencetuskan rasa kebersamaan dalam kesatuan serantau di bawah ASEAN ini, ujarnya lagi.
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Baling, Hafizan Othman, pula merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan penerangan Malaysia kerana membantu jabatan pendidikan dalam perkembangan sahsiah pelajar dan kemenjadian murid dalam pelan pembangunan pendididkan Negara melaui program ini.
Penglibatan guru-guru dan pelajar dalam program ini menurutnya dapat memberikan pengetahuan pelbagai perkara di dalam Negara ASEAN yang sebelum ini mungkin tidak diketahui mereka.
Katanya lagi, setiap sekolah ada sudut ASEAN yang bahan-bahannya dibekalkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, walau bagaimanapun ia semakin berkurangan, dengan adanya program ini, ia akan menyemarakkan semula aktiviti ini.
Guru Besar, Mohamad Fauzi Md Nor berkata, program ini melibatkan 472 org pelajar dalam dua kategori mewarna tahap satu dan dua.
Manakala 30 orang guru dant staf sekolah pula terlinat dalam aara untuk puzzle game.
Fauzi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia yang memberi ruang untuk turut sama terlibat dengan ASEAN@Yourfingertip’s.
“Syukur kerana mendapat kerjasama baik daripada semua guru-guru, pelajar dan staf sekolah,” ujarnya.
“Harapan pihak sekolah ialah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) memberi lagi peluang kepada sekolah ini kerana JaPen mempunyai sangat banyak aktiviti untuk rakyat dari pelbagai lapisan umur,” katanya lagi.
Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, guru yang terlibat di dalam pertandingan mewarna ini, Sharifah Ahmad, pertandingan mewarna ini disertai oleh tahap satu dan dua. Tahap satu diadakan di dewan sekolah manakala tahap dua di makmal ICT. Semua 472 orang murid terlibat dengan aktiviti ini.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, guru yang terlibat di dalam pertandingan mewarna ini, Sharifah Ahmad (tengah)
Untuk cabaran puzzle games pula, ia melibatkan 36 guru dan staf sekolah.
Katanya, cabaran menguruskan murid ialah mereka tidak boleh fokus lama kepada sesuatu aktiviti seperti mewarna. Oleh itu, murid yang tidak minat akan cepat hilang fokus dan mungkin membuat bising atau mengganggu murid lain.
Penolong Kanan kokurikulum, Azniza Hanif berkata, program seperti ini memberi ruang kepada murid-murid di sini bekerjasama dengan orang luar seperti pegawai-pegawai dari jabatan penerangan yang berada di sini sejak 10 Julai untuk membuat lukisan mural.
“Minggu ini padat dengan ko-kurikulum peringkat negeri antaranya peratndingan kriket, bola tampar, bercerita dan lain-lain dan johan ketiga-tiga acara ini dibolot sekolah ini,” ujarnya.
Bagi guru Pendidikan Seni dan Bahasa Melayu, Nor Azura Yusuf, dia berasa bangga kerana sekolah mereka dipilih untuk menjalankan aktiviti ini
“Seronok dan sangat teruja dan seronok dapat mengenali negara-negara ASEAN dengan lebih dekat lagi dan berharap pelajar-pelajar juga mengambil kesempatan ini untuk mengenali Negara ASEAN,” kata Norashidah Mohd Nor salah seorang guru yang berjaya menyelesaikan puzzle games.
Pemenang acara puzzle games, Norlaila Muda berkata, setiap hari buat puzzle ini untuk cucu. Puzzle ini boleh disiapkan jika semua orang dalam kumpulan bekerjasama, tetapi jika semua ingin menjadi ketua, ia tidak akan dapat disiapkan.
Program #ASEAN@Yourfingertips 2018 merupakan platform yang disediakan khusus oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi menarik minat pelbagai lapisan masyarakat khususnya kanak-kanak, Generasi Belia dan masyarakat umum untuk menyertai aktiviti-aktiviti berkaitan negara-negara ASEAN.
Sejajar dengan hasrat Perdana Menteri yang ingin menyediakan ruang dan peluang kepada masyarakat Malaysia berkongsi Wawasan Pemimpin- pemimpin ASEAN bagi mewujudkan kefahaman berkaitan hubungan antarabangsa, sosiobudaya, sosiopolitik, sosioekonomi, agama dan adat resam berkaitan ASEAN dan seterusnya dapat melahirkan ASEAN sebagai “One Vision, One Identity, One Community”.