Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Tangani Segera Kawasan Potensi Wabak Denggi – Dr. Lim

By 28 Julai 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Abd. Aziz Osman / Mohd Faizal Mat Akhir (Bukit Mertajam)

BUKIT MERTAJAM, 28 Jul (UdaBayas) – Kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan negeri Pulau Pinang memandang serius penularan demam denggi di negeri tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lim Boon Chai, mengingatkan adalah penting bagi memastikan kawasan-kawasan yang diklasifikasikan sebagai kawasan potensi wabak supaya terus diberi perhatian dan ditangani dengan segera daripada terus merebak.

Dr. Lim (tengah) turut sama-sama membantu membersihkan kawasan kediaman penduduk, di sini hari ini.

Dr. Lim (tengah) turut sama-sama membantu membersihkan kawasan kediaman penduduk, di sini hari ini.

“Melalui unit kawasan vektor negeri ini, Program Gotong-Royong Mega 1.0 2018 peringkat negeri Pulau Pinang diadakan hari ini,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Flat Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, di sini.

Lim menasihatkan masyarakat setempat seharusnya lebih peka terhadap persekitaran tempat tinggal dengan memastikan bahawa tempat-tempat berpotensi menjadi pembiakan nyamuk aedes dimusnahkan.

“Mereka perlu memastikan sistem saliran perparitan berada dalam keadaan yang sempurna,” tambahnya.

Taman Pauh Jaya merupakan kawasan tumpuan yang mencatatkan kes wabak denggi antara yang tertinggi di Pulau Pinang dalam tempoh April hingga Jun tahun ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Ali Misran dan Exco Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin.

-SH

Tinggalkan komen anda