
Laporan dan foto oleh: Taufiq Firdaus Md. Nor (Besut)
BESUT, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Pasar Tani Kuala Besut menjadi saksi lokasi pertama ketibaan peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018 di Terengganu yang penuh dengan gilang gemilang, tiba di perkarangan pejabat Pos Kuala Besut semalam.
Keceriaan dan kemeriahan menyambut Kembara Merdeka Jalur Gemilang daripada peserta konvoi serta penduduk di daerah Besut dapat dilihat apabila pelbagai lapisan masyarakat dan ideologi politik turut serta dalam memeriahkan sambutan. Beberapa buah agensi kerajaan dan swasta juga turut serta dalam misi KMJG ini bagi menghidupkan semangat solidariti, perpaduan dan cintakan tanah air tercinta.
Bersempena dengan sambutan 61 Tahun Merdeka, turut diadakan pengedaran jalur gemilang kepada pengunjung yang turut hadir di tempat ketibaan peserta KMJG. Keterujaan penduduk sekitar daerah Besut dapat disaksikan apabila penduduk setempat bersama-sama melaungkan, laungan ‘Merdeka’, era kepimpinan semua Perdana Menteri disertai laungan slogan “Sayangi Malaysiaku” pada majlis pelepasan di Dataran Pejabat Pos Besut.
Turut teruja seorang ibu ingin menyambut Hari Kebangsaan yang bakal tiba. Selaku penduduk tetap Kuala Besut, Nik Kamilah, 55 tahun, memberitahu media dengan pemberian Jalur Gemilang tersebut. Keinginan anaknya untuk memakai baju bendera semperna sambutan Hari Kebangsaan di sebuah sekolah sekitar Besut dapat ditunaikan “beberapa hari lepas anak makcik minta makcik belikan bendera untuk dibuat baju” katanya.
Sementara itu turut hadir Penghulu mukim Kuala Besut, Wan Muhammad Wan Sulaiman, bagi menandatangani buku autograf Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018 di dataran pejabat pos Kuala Besut.
EM