
Laporan & Foto : Edi Rizam Kassim (Putrajaya)
GEORGE TOWN, 3 Ogos (MalaysiaAktif) – Kemeriahan Padang Kota Lama sempena Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta menyaksikan raptai pelancaran yang diadakan pada malam ini termasuk pelancong luar negara.
Menurut dua orang sahabat Shafika 20,dan Aniena 23, keduanya daripada Kedah yang berkerja disini mendapat tahu mengenai program ini melalui kain rentang yang dipasang. “teruja nak jumpa Tun M, dan bangga dia datang penang esok” ujar Shafika. Aniena pula berkata “Pulau Pinang syurga makanan dan ramai pelancong memang sesuai dipilih pada tahun ini” ulas beliau megenai pemilihan Pulau Pinang sebagai tapak pelancaran.
Selain itu, Peratab Ramalingam 27, anak jati Pulau Mutiara menyifatkan beliau tahu mengenai program ini melalui berita minggu lepas, dan beliau berasa bangga negeri kelahiran beliau dipilih sebagai tuan rumah perlancaran pada tahun ini, “umur saya 27 tahun dan ini merupakan sambutan yang terbesar pernah diadakan disini dan kehadiran Tun M buat saya lagi teruja” ujarnya. Tambah Peratab beliau tertarik dengan Pameran Caring Bridge dimana semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan dihimpun disini dan memudahkan penggunjung untuk mendapatkan maklumat terkini dan perkhidmatan yang ditawarkan, beliau juga akan memuat naik gambar malam ini di media sosial dan menggajak rakan – rakan untuk hadir pada malam esok.
Sementara itu seorang pengunjung daripada Kedah, Mohd Nasir Abu Bakar 38, pula tertarik dengan persembahan pentas walaupun hanya raptai, “saya datang Pulau Pinang nak melawat orang sakit, bila lalu sini nampak sangat meriah dengan persembahan pentas dan buat keputusan untuk singgah” katanya ketika ditemumi menyaksikan raptai persembaan artis Pentarama Jabatan Penerangan.
Raptai malam ini turut disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Gobind Singh Deo serta pemimpin – pemimpin tempatan. Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada malam besok.