Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Lelaki 79 Tahun Tinggalkan Keluarga Hanya Kerana Bendera

By 3 Ogos 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

  Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

 

BATU MAUNG, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 menjadi begitu istimewa kerana ia diserikan dengan kehadiran Muhd Ismail Ali peserta konvoi yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi ST 1300. Apa yang istimewanya? Istimewanya ialah beliau sudah berumur 79 tetapi amat gagah menunggang dari Johor ke Pulau Pinang dan akan mengelilingi seluruh negara selama sebulan untuk sama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Popeye Memasang Jalur Gemilang di Motorsikal ST1300 beliau

Popeye Memasang Jalur Gemilang di Motorsikal ST1300 beliau

Dia yang mesra dengan gelaran Popeye telah mula mengibarkan Jalur Gemilang sejak tahun 1957 lagi dan bersama-sama meraikan kemerdekaan negara pada tahun itu.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Haji Hashim Bedu membuat Flag Off pertama KMJG 2018

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Haji Hashim Bedu membuat Flag Off pertama KMJG 2018

“Mencintai negara telah menjadi darah daging saya kerana saya telah merasai pelbagai keperitan untuk melihat negara ini menjadi begitu aman dan harmoni seperti yang ada pada hari ini,” katanya.

Peserta Konvoi singgah di Masjid Balik Pulau untuk menunaikan solat Jumaat

Peserta Konvoi singgah di Masjid Balik Pulau untuk menunaikan solat Jumaat

Dia telah menyimpan hasrat untuk menunggang motorsikal besar sambil mengibarkan Jalur Gemilang serta mengajak orang lain juga mengibarkannya sejak 31 Ogos 1957 lagi bila melihat sekumpulan penunggang motorsikal meraikan Hari Kemerdekaan negara di Bandar Hilir, Melaka pada hari itu.

Sebagaian motorsikal Komuniti Sehati Sejiwa Pulau Pinang

Sebagaian motorsikal Komuniti Sehati Sejiwa Pulau Pinang

Menurut Ismail, semangat patriotisme rakyat menghargai Hari Kebangsan sekarang terlalu jauh berbeza dengan dahulu. “Sekarang ini, Hari Kebangsaan seperti tiada apa-apa selain dari cuti umum,” ujarnya.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia menyampaikan sumbangan kepada 18 pesara Polis dan Tentera di SMK Teluk Kumbar II

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia menyampaikan sumbangan kepada 18 pesara Polis dan Tentera di SMK Teluk Kumbar II

Katanya, “orang dahulu sangat menghargai kemerdekaan negara dan ingin menjaga molek-molek negara ini sebab inilah satu-satunya negara kita yang kita ingin warisi kepada anak cucu kita.”

ADUN tempatan menyampaikan sumbangan kepada 26 orang rakyat yang memerlukan

ADUN tempatan menyampaikan sumbangan kepada 26 orang rakyat yang memerlukan

Bagi Ismail meraikan bulan Kebangsaan bukan hanya sebulan tetapi menjaganya bersungguh-sungguh untuk diwarisi kepada generasi seterusnya. Oleh itu, meraikan bulan ini akan menyemarakkan perasaan cinta negara dan semangat patriotism serta jati diri.

Ismail akan mengikuti konvoi ini hinggalah 31 Ogos nanti dan menyertai pearakan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Selain mengedarkan Jalur Gemilang, KMJG turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada rakyat yang memerlukan di seluruh negara

Selain mengedarkan Jalur Gemilang, KMJG turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada rakyat yang memerlukan di seluruh negara

WhatsApp Image 2018-08-03 at 22.38.27

Terdahulu semasa Majlis Taklimat Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di Batu Maung, Pulau Pinang, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman memaklumkan bahawa tujuan utama konvoi ini ialah menyemarakkan sambutan bulan Kebangsaan dan mengajak rakyat di sepanjang laluan KMJG bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.

Pelajar-pelajar SMK Teluk Kumbar II menyambut kehadiran peserta KMJG

Pelajar-pelajar SMK Teluk Kumbar II menyambut kehadiran peserta KMJG

Ia sebagai manifestasi semangat patriotism kerana dengan mengibarkan Jalur Gemilang akan terbitnya rasa bangga dengan dengan negara ini dan mengeratkan perpaduan dengan pelbagai kaum dalam negara kita dengan satu semangat negara ini kita punya, “Kita Punya Malaysia,” ujarnya.

Adik ini sangat gembira menerima Jalur Gemilang dari peserta KMJG

Adik ini sangat gembira menerima Jalur Gemilang dari peserta KMJG

ADUN Batu Maung,  Datuk Haji Abdul Halim Hussain yang menyambut konvoi ini, menyatakan rasa bangga beliau kerana DUN beliau terpilih sebagai destinasi pertama mereka.

Beliau juga sangat kagum dengan Ismail yang telah berumur 79 tahun tetapi masih gagah untuk sama-sama menyemarakkan Bulan Kebangsaan di seluruh negara dan sanggup meninggalkan keluarga selama sebulan bagi tujuan ini.

WhatsApp Image 2018-08-03 at 22.03.49

Guru-guru SMK Teluk Kumbar II teruja menerima kehadiran KMJG2018

Seramai 133 orang peserta akan menyertai KMJG ini dengan 40 buah motorsikal berkuasa tinggi, 40 buah kenderaan termasuk pacuan empat roda.

Sebahagian Peserta KMJG 2018

Sebahagian Peserta KMJG 2018

WhatsApp Image 2018-08-03 at 23.13.30

Mereka akan berkonvoi sejauh 2722 kilometer (km) dengan 220 hentian di Semenanjung Malaysia bermula dari 3 Ogos di Pulau Pinang dan berakhir pada 31 Ogos di Putrajaya. Seterusnya konvoi di sambung dengan konvoi Sabah sejauh 2000 km dan 2700 di Sarawak.

Pasukan Keselamatan Mengadai nyawa memastikan kelancaran KMJG2018

Pasukan Keselamatan menggadai nyawa memastikan kelancaran KMJG2018

Pelancaran Bulan Kebangsaan akan diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Malaysia pada 4 Ogos 2018.

WhatsApp Image 2018-08-03 at 23.13.27

Tinggalkan komen anda