
Laporan Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya) / Foto Oleh : Khirul Nizam Zanil & Muhammad Rizal Redzuan
PUTRAJAYA, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi 135 peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 (KMJG18) tugas anggota Polis Traffik yang bersama menyertai konvoi ini sangat menakutkan.
Cara penunggangan mereka yang sangat laju termasuk di jalan yang berliku, sibuk dan licin mencelah-celah di jalanraya kelihatan cukup berbahaya.
Konvoi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri di Padang Kota Lama George Town, Pulau Pinang pada 4 Ogos lalu anak menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia bermula 3 Ogos 2018 akan berakhir pada 31 Ogos 2018 di Dataran Gemilang Putrajaya.

Adakalanya ditengah panas terik mereka perlu berlari di tengah jalan bagi memastikan kelancaran lalulintas
Bersama konvoi ini selain menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, mereka juga memastikan kelancaran konvoi supaya sentiasa tiba tepat pada masanya ialah pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ).

Seawal 6.45 pagi, pasukan keselamatan telah mula bersenam bagi memastikan kecergasan diri berada pada tahap maksimum
Menurut Ketua Pasukan PDRM untuk KMJG18, ASP Rudy Sharizal Ilham, setiap anggota sudah biasa mempetaruhkan nyawa demi keselamatan orang lain. Bagi orang awam ia sangat menakutkan dan penuh dengan bahaya, tetapi bagi anggota keselamatan ia ialah rutin harian.

Setipa hari dimuali dengan doa memohon keselamatan peserta konvoi dan pengguna jalanraya – ASP Rudy Sharizal Ilham
Pasukannya terdiri daripada 14 orang peserta dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), sebuah kereta dan 11 buah motor telah berkonvoi selama hampir sebulan. Katanya, keluarga mereka sudah faham dengan tugas sebagai anggota polis yang biasa bekerja walaupun pada hari raya.

Keluarga kami sudah faham dengan tugas sebagai anggota polis yang biasa bekerja walaupun pada hari raya – ASP Rudy
Tugasan polis termasuk anggota traffik penuh dengan risiko. Menunggang motorsikal dengan laju bagi memastikan keselamatan dan kelancaran semua pengguna jalanraya ialah tugas utama polis traffik, ujarnya.

Memastikan keselamatan dan kelancaran semua pengguna jalanraya ialah tugas utama polis traffik, ujarnya.
Ujar Rudy, cabaran utama pihak keselamatan ialah memastikan konvoi KMJG18 tiba tepat pada masanya sedangkan keadaan jalanraya dan sikap pengguna tidak boleh diramal.
Rudy menyeru kepada orang ramai supaya memberi kerjasama penuh kepada pihak keselamatan yang menjalankan tugas. Apabila mendengar siren dan melihat lampu polis, sila beri laluan. Semua ini untuk kebaikan semua pihak.
Ada segelintir pengguna jalanraya yang kurang memberi kerjasama dan membahayakan semua pihak, katanya lagi.
Ketua Pasukan yang juga Pegawai Jabatan Pengankutan Jalan, Tan Kim Beng, berkata, JPJ menyahut jemputan Jabatan Penerangan Malaysia kerana ingin melakukan sesuatu bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
Tiga peserta dari Jabatan Pengankutan Jalan Putrajaya, katanya.
Menurut Kim Beng, ini tahun kedua mereka bersama KMJG.
Antara pengorbanan yang terpaksa dibuat ialah meninggalkan keluarga selama sebulan.
Istimewanya KMJG yang merangsang mereka untuk terus bersama konvoi ini ialah, dapat bergaul dengan semua kaum di Malaysia dan dapat melihat sendiri semangat patriotik dari peringkat kanak-kanak hingga orang tua dari pelbagai kaum, ujarnya.
Seorang peserta konvoi yang menunggang motorsikal berkusa tinggi ST1300 yang juga Guru Tingkatan Enam dari Keluang Johor, Zainal Abidin Jelani, 57 tahun berkata, dia telah berjaya mengikut konvoi sehingga hampir dipenghujungnya.

Semangat saya menjulang-julang dan berkobar-kobar untuk mengikuti KMJG18 sehingga tamat kerana ia dilancarkan Tun Dr. Mahathir – Zainal Abidin Jelani
Menurutnya, dia sangat bersemangat kerana Pelancaran kali ini di lakukan oleh Tun Dr. Mahathir.
“Apabila disebut Tun Dr. Mahathir, meremang bulu roma saya, kerana beliau idola saya, atas dasar-dasar beliau termasuk Dasar Pandang ke timur telah memberi saya banyak manfaat,” ujarnya.
Dia sangat gembira kerana konvoi ini sangat berdisplin.

Zainal Abidin Jelani merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga dan rakan-rakan guru serta para pelajar beliau kerana mengizinkan beliau bersama konvoi untuk negara ini.
Antara cabaran yang perlu dilalui beliau bagi mengikuti konvoi ini ialah, dia terpaksa meninggalkan isteri tersayang dan anak-anak.
Selain itu, terpaksa juga mengambil cuti tanpa rekod dan meninggalkan pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
Zainal amat berterima kasih kepada rakan-rakan guru lain yang sedia mengambil tanggungjawab mengantikan kelas beliau.
Dia reda tidak dapat bersama keluarga pada hari raya korban pada tahun ini.
“Kami perlu menunggang dalam hujan atau panas bagi memastikan tiba di setiap check point tepat pada masanya,” katanya.
“Adakalanya berhadapan dengan hujan hujan lebat hingga pakaian basah, diteruskan hingga pakaian basah tadi menjadi kering. Kami berhenti hanya pada waktu solat,” katanya lagi.
Menurut Zainal, mereka biasanya mula bergerak pukul 8.00 pagi dan mula rehat biasanya pukul 5.00 petang.

Perlu lupakan rasa takut demi keselamatan semua pengguna jalanraya jika ingin menjadi Polis Traffik – Lans Koperal Salbini Sapian
Seorang lagi peserta konvoi yang juga anggota Polis Traffik, Lans Koperal Salbini Sapian berkata, ini kali pertama mengikut konvoi.
Melalui konvoi ini dia mendapat pengalaman baru dan dapat merapatkan silaturahim dengan semua anggota konvoi.
Beliau berikrar akan meredah hujan atau panas dalam memastikan konvoi tiba tepat pada masanya.