Skip to main content
Berita TempatanHomePerak

Kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018

By 23 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto: Paranthaman Nadarajan (Manjung)

BERUAS, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan bulan kebangsaan semakin terasa hangatnya apabila semangat untuk menghidupkan suasana cintakan negara dengan idea kreatif menggunakan Jalur Gemilang.

Hiasan bertemakan Jalur Gemilang jelas kelihatan cantik di sepanjang jalan raya dan bangunan kerajaan, bahkan turut menghiasi kediaman-kediaman persendirian. Bagi Shahbudin Yahaya, 51, pengalaman menjadi Naib Johan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Perak sebanyak dua kali dalam kategori Pintu Gerbang, menjadikan beliau lebih kreatif menjana idea menghiasi persekitaran rumahnya.

Shahbudin Yahaya kreatif menghiasi rumahnya

Shahbudin Yahaya kreatif menghiasi rumahnya

Mula menghias sejak awal bulan ini dengan menggunakan bahan terbuang seperti botol untuk menghasilkan replika Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS, Shahbudin berkata, anggaran kos sebanyak RM700 dibelanjakan untuk mewujudkan sebuah Taman Hari Kebangsaan di hadapan rumahnya di Kampung Padang Serai, di sini.

“Usaha ini adalah usaha sekeluarga sekali gus mengeratkan lagi hubungan antara kami,” ujarnya ceria.

Usaha yang ditunjukkan Shahbudin ternyata mencetus semangat rakan-rakan lain untuk turut sama menjayakan sambutan Hari Kebangsaan.

“Melihat penyertaan mereka membangkitkan semangat untuk bersama-sama merealisasikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang bertemakan Sayangi Negaraku,” kata Nor Shuhada Musa, 36.

Nor Shuhada Musa turut menjayakan sambutan Hari kebangsaan.

Nor Shuhada Musa turut menjayakan sambutan Hari kebangsaan.

Bagi sesiapa sahaja yang melintasi kediaman wanita ini, pastinya akan terpesona dengan pintu gerbang yang memaparkan logo tema Hari Kebangsaan selain prinsip Rukun Negara yang ditulis cantik pada kayu pallet. Bukan itu sahaja, Shuhada turut membina replika Jalur Gemilang dengan menggunakan hampir 280 cawan kertas. Tidak ketinggalan, lebih 100 helai Jalur Gemilang pelbagai saiz juga dikibarkan bermula dari pintu gerbang sehingga ke dalam rumah.

“Dengan bantuan suami dan anak-anak, kami akan terus menghias untuk memastikan 31 Ogos 2018 menjadi satu tarikh yang bermakna buat kami sekeluarga,” katanya yang turut menambah anggaran kos menghias kawasan rumahnya itu adalah sebanyak RM1000.

HS

Tinggalkan komen anda