Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pusat Aeroangkasa Bakal Dibuka di Sabah

By 26 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan oleh: Asmidar Zainol/ Foto: Jeffren M. (Sabah)
KOTA KINABALU, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Sabah bakal mempunyai Pusat Aeroangkasa di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) September depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Ignatius Darell Leiking berkata pusat berkenaan akan menjadi hub menghasilkan komponen pesawat pada masa hadapan.

Darell (kanan) bersalaman dengan Shafie (kiri).

Darell (kanan) bersalaman dengan Shafie (kiri).

 

“Pusat Aeroangkasa di KKIP telah hampir siap dan MITI juga dalam perundingan dengan syarikat gergasi bagi mengembangkan industri berkenaan dan apabila semuanya selesai ia bakal diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan hadapan.

“Apabila pusat ini telah berjaya di Sabah, bukan sahaja membuka peluang ekonomi baru tetapi rakyat di negeri ini juga akan menerima impak positif daripada industri terbabit,” katanya.

Menurut Darell, perindustrian aeroangkasa di bawah MITI itu, dikendalikan oleh Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO) telah menjana pendapatan sehingga 13 bilion pada tahun ini.

“Selaku Menteri yang bertanggungjawab yang berasal dari Sabah, saya akan memastikan setiap perdagangan, pengedaran dan pelaburan dibuat secara adil di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Darell (duduk) semasa sesi sidang media.

Darell (duduk) semasa sesi sidang media.

 

“Oleh yang demikian, bagi memastikan lebih banyak pelabur datang ke negeri ini, kerajaan haruslah meningkatkan kemudahan infrastruktur terutamanya tenaga elektrik dan bekalan air.

“Apabila perkara ini telah dipertingkatkan, pelabur dengan sendirinya akan datang melabur di sini,” ujarnya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di pejabatnya, pagi Jumaat.

 

-FB

Tinggalkan komen anda