Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Enam Kumpulan Berentap Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Selasa Ini

By 23 September 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan oleh: Asmidar Zainol/ Foto: Perpustakaan JAPEN

Kota Kinabalu, 24 Sept (Malaysiaaktif) -Enam kumpulan mewakili setiap bahagian akan berentap dalam Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri di Wisma Dang Bandang, Selasa ini.

Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka berkata kumpulan yang menjuarai pertandingan berkenaan akan mewakili Sabah keĀ peringkat kebangsaanĀ di Jerantut, PahangĀ  yangĀ dijangka diadakan pada 6 hingga 7 Oktober depan.

“Bertemakan Sayangi MalaysiaKu, setiap kumpulan perluĀ menyediakan skrip atau Nota Pengisahan berlandaskan kisah yang berlatarbelakangkan peristiwa, tokoh atau sejarah tempatan.

“Pertandingan ini sebenarnya memberi peluang kepada masyarakat untuk melahirkan rasa kecintaan dan penghargaan mereka terhadap tokoh-tokoh serta pemimpin terdahulu,” jelas beliau.

Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia itu juga bertujuanĀ  memupuk serta menyuburkan semangat integrasi nasional antara wilayah, kaum, budaya, agama dan kepercayaan melalui rentetan sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh negara.

 

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda