Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Dato’ Seri Anuar Ibrahim Sumber Inspirasi Dalam Berpidato

By 23 September 2018September 29th, 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan dan foto : Nurul Azreen Zulkifli (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Sep ( Malaysiaaktif)- Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,  Mohd Rafee telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan 2018 pada hari ini.

“Saya berasa bangga dan sangat bertuah apabila diberi kepercayaan membawa nama Sabah di Pentas Kebangsaan”

Mohd Rafee yang membawakan tajuk Internet dan Media Sosial Menghubung Masyarakat Berinformasi telah menambat hati juri dengan persembahan yang cukup santai dan sarat dengan informasi. 

0D946112-7535-463E-8879-24F75CC518CF

Menurutnya minat mendalam dalam pengucapan awam sejak berusia 7 tahun lagi dan sehingga kini tidak akan melepaskan peluang untuk berpidato sama ada membuat persembahan atau memasuki pertandingan. Beliau juga seringkali dipanggil untuk menjadi juri bagi pertandingan antara IPT.

Rafee turut menjelaskan dari segi persiapan sebelum pertandingan  bukanlah semudah yang disangka.

“Dari segi persiapan dan cabaran adalah Kekangan untuk membuat latihan. Sepanjang berkhidmat di Sabah saya perlu memantau 24 Daerah yang ada dalam tempoh 2 bulan. Maka, terpaksa mencuri-curi masa utk memikirkan konsep persembahan dan dua hari sebelum pertandingan barulah saya dapat fokus sepenuhnya untuk pertandingan ini” ujarnya.

29F29259-BA2F-4148-83D7-05A369B9C7CB

Beliau juga menjadikan Datuk Seri Anuar Ibrahim sebagai idola dan juga sumber inspirasi dalam pengucapan awam. 

“Idola saya tentunya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pemidato terbaik nusantara”. 

Rafee telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3000 ringgit, bersama piala pusingan, piala iringan serta sijil penghargaan.

 

Tinggalkan komen anda